Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.rus]/[ber.a.rus] | براروس

Definisi : ada arusnya: air yg melaut itu rupa­nya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berarus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
taser gunsenjata renjatUmumTiadaSenjata berarus elektrik rendah yang digunakan untuk melumpuhkan sementara penjenayah.
stret peggingpancing berpelampung dasarPerikananTiadaKaedah memancing di kawasan air yang berarus dengan menggunakan pelampung yang dipasang pada tali pancing pada jarak 2 kali kedalaman air. Contohnya, jika kedalaman air 3 meter, panjang tali pancing hingga ke pelampung ialah 6 meter. Geguli yang berfungsi sebagai pemberat dipasang pada hujung tali perambut pada jarak 15 cm dari mata kail supaya kail terdampar di dasar sungai. Tali akan sentiasa tegang kerana adanya arus dan joran akan dienjut oleh pemancing bagi membolehkan mata kail bergerak perlahan-lahan ke hilir dan kemudian enjutan dihentikan pada lokasi yang dikehendaki.
anchor baitumpan setempatPerikananTiadaUmpan yang ditenggelamkan di dasar sungai yang berarus menggunakan pemberat bagi menetapkan kedudukan umpan.
sandy shorepantai berpasirPerikananTiadaKawasan tepi laut yang terdedah kepada arus yang kuat. Pasir di kawasan yang berarus lebih kasar berbanding kawasan terlindung. Pantai di sekitar gigi air sentiasa berubah akibat hakisan ombak dan arus pasang surut. Pantai berpasir boleh dibahagikan kepada zon tinggi bagi pantai yang kering dan mempunyai tumbuh-tumbuhan, dan zon rendah bagi pantai yang basah dan dilitupi air pasang surut.
sinking-tip linetali pancing separa tenggelamPerikananTiadaTali pancing yang boleh terapung keseluruhannya kecuali bahagian hujung tali yang dipasang dengan umpan serangga yang bersifat mudah tenggelam. Tali pancing jenis ini sesuai digunakan untuk memancing di kawasan air deras atau di kawasan air tidak berarus. Jenis ikan yang menjadi tumpuan adalah daripada jenis yang agresif.
tilt fishingpancing tautPerikananTiadaKaedah memancing menggunakan batang kayu yang dililitkan dengan tali dan kail di hujungnya. Batang kayu ini di dipacak condong pada tanah dan tali pancing diletakkan di dalam air secara menegak. Kaedah memancing ini digunakan semasa memancing di sawah padi, sungai dan perairan yang tidak berarus.

Kembali ke atas