Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل

Definisi : 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل

Definisi : 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasal

Puisi
 

Paku ini paku landai,
     Paku berasal dari Jawa;
Barang bini habis digadai,
     Pinjam pula barang mentua.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Suak,
     sungai satu air.

Bermaksud :

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diploiddiploidPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSatu sel atau organisma yang mempunyai dua set kromosom. Satu set berasal daripada bapa dan satu set berasal daripada ibu.
paronymparonimKesusasteraanPuisiPemilihan dan pembentukan diksi yang berasal daripada sumber atau akar yang sama. Khususnya diksi yang diambil daripada bahasa asing yang akhirnya mengalami pergeseran erti. Umpamanya perkataan ilmu dan alima yang berasal daripada bahasa Arab.
marchenmarchenKesusasteraanTiadaIstilah ini berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud �cerita pari-pari�. Lihat juga cerita pari-pari.
nazamnazamKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang berasal dari Parsi. Genre nazam ini mempunyai bentuk yang tetap terutama dalam asterik pembentukan baris dan pembinaan rima. Isi dan pemikirannya lebih banyak berkisar pada hubungan antara raja dan hamba-hambanya. Contohnya, Nazam dalam petikan di bawah. Bahawa bagi raja sekalian Hendak ada menteri demikian Yang pada suatu pekerjaan Sempurnakan segala kerajaan.
biocatalystbiopemangkinBioteknologiTiadaBahan pemangkin yang berasal daripada sumber hidup, seperti enzim dan sel.
absurdabsurdKesusasteraanTiada1. Istilah yang berasal dari perkataan Latin 'absurdum' bermaksud sesuatu yang bertentangan atau tidak selari. 2. Sesuatu yang tidak menggambarkan realiti, tetapi menggambarkan di sebalik realiti dan merupakan realiti.
chansonchansonMuzikTiadaLagu popular yang berasal dari Perancis dan Itali pada abad ke-14 hingga akhir abad ke-16. Chanson digubah untuk nyanyian solo yang diiringi alat muzik atau nyanyian bercorak polifoni. Bentuk karya jenis ini dibahagikan kepada lebih daripada satu bahagian. Karya jenis ini juga digubah secara homofoni. Contoh chanson pada Zaman Pertengahan ialah chanson troubadour dan trouvère.
habanerahabaneraMuzikTiadaTarian Havana yang berasal dari Cuba pada abad ke-19. Ha­banera mengandungi ciri ritma Sepanyol, Afrika dan Cuba. Tarian ini bermeter dupel, bertempo sederhana dan beritma sinkopasi. Habanera digunakan oleh Georges Bizet (1838-1875) dalam opera beliau yang bertajuk Carmen (1875).
activismaktivismeSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional.
orthologyortologiBioinformatikBioinformatik MolekulJujukan homolog yang berasal dari leluhur yang sama tetapi terpisah di antara satu sama lain disebabkan peristiwa penspesiesan.
12345678910...

Kembali ke atas