Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sas.kan]/[ber.a.sas.kan] | براساسکن

Definisi : menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sas.kan]/[ber.a.sas.kan] | براساسکن

Definisi : berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasaskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primary demand/ generic demandpermintaan asasKomunikasiKorporatJenis permintaan terhadap barangan berasaskan kelompok dan bukannya jenama. Jenis permintaan terhadap kelompok barangan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh ekonomi, politik, teknologi, dan persekitaran sosiobudaya. Kelompok barangan boleh terbentuk berasaskan ciri pengeluaran barangan. Contohnya, barangan yang berasaskan sistem mekanikal berbanding barangan yang berasaskan ciri elektronik (digital atau analog), barangan berasaskan organik berbanding barangan berasaskan bahan kimia, dan barangan berasaskan seramik berbanding barangan plastik. Penjenisan permintaan bagi kelompok barangan dilakukan untuk menentukan andaian arah aliran pasaran semasa dan akan datang. Perubahan permintaan keseluruhan biasanya berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi. Contohnya, pada tiga suku terakhir abad ke-20, permintaan terhadap barangan berasaskan sistem digital meningkat berbanding barangan berasaskan mekanikal. Permintaan asas dikenali juga sebagai permintaan generik.
computer switching nanotubenanotiub pensuisan komputerFizikNanoteknologiPeranti suis sistem komputer yang berasaskan karbon nanotiub dan dapat meniru fungsi suis mikropemproses berasaskan silikon. Komputer yang berasaskan peranti ini mampu membaca dan menulis dengan lebih pantas serta bersaiz lebih kecil.
International Non-Government Organization (INGO))Organisasi Bukan Kerajaan AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi yang merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Organisasi ini terdiri daripada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Contoh pertubuhan yang berasaskan keuntungan ialah Perbadanan Multinasional (MNC) seperti General Motors, Shell dan British Petroleum, manakala pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan ialah Gereja Roman Katolik dan Amnesti Antarabangsa. MNC merupakan aktor yang penting dalam sistem antarabangsa kerana keupayaannya mempengaruhi dasar luar negara asalnya serta negara tuan rumah yang dijadikan tempat operasi perniagaannya. Sumbangan MNC kepada negara tuan rumah adalah daripada segi pembentukan modal, kemahiran teknologi dan pengurusan, pembangunan dan imbangan bayaran. Perkara yang menjadi kebimbangan pihak negara tuan rumah ialah dominasi perindustrian, pergantungan kepada teknologi dan gangguan kepada perancangan ekonomi negara oleh pihak MNC. Sinonim INGO.
redox reactiontindak balas redoksHerbaFitokimiaTindak balas yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan molekul dalam sistem biologi. Proses ini sering berlaku dalam biosintesis metabolit sekunder yang melibatkan pelbagai agen pemindahan elektron seperti berasaskan piridina, NAD+-NADH atau NADP+-NADPH, berasaskan flavin, FAD+-FADH, berasaskan ferum-porfirina, sitokrom, dan berasaskan ubikuinon atau koenzim-Q, vitamin K.
carotenoidkarotenoidMakanan dan PemakananTeknologi MakananPigmen larut lemak yang berwarna kuning, oren, dan merah. Karotenoid tersebar luas dalam tumbuhan dan haiwan secara semula jadi dan dikelaskan kepada karotena dan klorofil. Penggunaannya sebagai pewarna makanan boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu yang berasaskan lemak dan yang berasaskan air. Kategori yang berasaskan lemak termasuklah marjerin dan mentega. Kategori yang berasaskan air merangkumi minuman ringan, hasil tenusu, dan makaroni.
competency based educationpendidikan berasaskan kecekapanPendidikanTiadaKaedah pendidikan berasaskan pemilihan kecekapan, kaedah penilaian, dan pencapaian.
school-based progresskemajuan berasaskan sekolahPendidikanTiadaKemajuan yang dinilai berasaskan jenis sesebuah sekolah.
game-based learningpembelajaran berasaskan permainanTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran berasaskan permainan untuk mencapai hasil pembelajaran. Permainan direka bentuk dengan mengimbangkan antara isi pembelajaran dengan aturan permainan. Seterusnya, pentaksiran dilaksanakan terhadap kebolehan pelajar dari segi pengekalan dan pengaplikasian pengetahuan yang dipelajari kepada senario dunia sebenar. Konsep asas permainan seperti ulangan, kegagalan dan usaha pencapaian matlamat permainan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
ba yinba yinMuzikTiada

 Sistem pengelasan alat muzik di negara China yang berasaskan lapan jenis bahan, iaitu batu, logam, kulit, kayu, buluh, labu, sutera dan tanah liat Ba yin bermaksud lapan bunyi. Contoh alat muzik berasaskan kulit saperti gu (dram), berasaskan sutera seperti zheng (ziter) dan berasaskan buluh seperti di (ftut). Sinonim pa yin.

arbitraryarbitrari/sembarangan/sebaranganKesusasteraanTiada2. Tidak berasaskan pertimbangan tertentu atau teliti, tidak berasaskan pemikiran dan sekehendak hati.
12345678910...

Kembali ke atas