Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Kalau ke bukit sama mendaki,
     Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
     Kerja yang berat menjadi senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berat beban yang sedikit dek hati sakit.

Bermaksud :

Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
esprit de corpsesprit de corpsSejarahTiadaPerasaan bersatu hati dan berpadu, mengambil berat di antara satu sama lain, baik daripada segi fizikal dan emosi dalam sesebuah kumpulan atau masyarakat untuk mencapai tujuan yang sama.
arsine poisoningkeracunan arsinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan terhadap gas arsin (formula kimia, AsH3) yang tersangat toksik. Gas arsin kadangkala boleh ditemui secara tidak sengaja dalam proses industri, misalnya apabila aloi seperti ferosilikon (yang mungkin tercemar dengan arsenik) terkena air. Had toleransi ialah 0.05 ppm dalam udara. Tanda utama keracunan akut ialah hemolisis. Pendedahan terhadapnya menyebabkan muka pedih, dan selepas 3 - 4 jam mengakibatkan ketat dada, disfagia, loya dan muntah, cirit-birit, dan abnormalitis elektrokardiografik. Kemudian, edema pulmonari, hemolisis masif, sianosis, hemoglobinuria, kegagalan renal, dan kerosakan hati boleh terjadi. Hati dan limpa mungkin membesar. Pada 10 ppm, arsina dengan cepat menyebabkan delirium, koma dan kematian. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan anemia dan hilang berat badan, polineuritis, neuritis optik, anestesia, parestesia (misalnya, pedih pada tangan dan kaki), sirosis hati, loya dan muntah, kejang abdomen, dan peliuran.
ethanol poisoningkeracunan etanolKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan etanol. Elanol hanya berbahaya jika terminum dengan banyak dalam tempoh yang singkat. Dos maut bagi orang dewasa ialah 300 cm3 - 400 cm3 etanol tulen jika diminum dalam tempoh kurang daripada 1 jam. Had pendedahan ialah 1000 ppm. Etanol menekan sistem saraf pusat secara tak seragam mengikut urutan menurun dari korteks ke medula. Penemuan patologi dalam kematian akut tennasuk edema otak dan hiperemia dan edema saluran gastrousus. Penemuan patologi termasuk kemerosotan hati, buah pinggang, dan otak, gastritis atrofik, dan sirosis hali. Tanda utama keracunan ialah penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut menyebabkan kurang waras, masalah penglihatan, tiada koordinasi otot, pertuturan tidak jelas, koma dan mati, bergantung pada darjah keracunan. Keracunan kronik menyebabkan hilang berat badan, sirosis hati dan gastroenteritis dengan anoreksia dan cirit-birit.
cadmium poisoningkeracunan kadmiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kadmium atau makanan yang disimpan dalam bekas kadmium, atau penyedutan wasap kadmium daripada pengimpalan, peleburan atau proses industri lain. Had pendedahan terhadap debu kadmium atau wasap kadmium oksida ialah 0.05 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot, peliuran, sakit abdomen, kejutan, kerosakan hati dan kegagalan ginjal. Penyedutan wasap kadmium pula mengakibatkan mulut terasa payau, sesak nafas, sakit dada, batuk berserta kahak berbuih atau berdarah, lemah dan sakit pada kaki. Keracunan kronik akibat penyedutan mengakibatkan hilang deria bau, batuk, dispnea, hilang berat badan, anemia, kerengsaan, dan gigi berkaral. Penemuan patologi dalam kes maut akibat pengingesan ialah inflamasi gastrousus yang teruk dan kerosakan hati serta buah pinggang. Penemuan patologi dalam kes keracunan akut akibat penyedutan pula ialah inflamasi epitelium pulmonari dan edema pulmonari.
potassium chlorate poisoningkeracunan kalium kloratKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kalium klorat (formula kimia, KCIO3) iaitu bahan dalam cecair kumur, mancis dan racun rumpai. Ion klorat (CIO3-) ialah perengsa terhadap membran mukus dalam larutan pekat. Selepas penyerapan ia menyebabkan methemoglobinemiaekoran ekoran sifat pengoksidaannya. Tanda utama keracunan ialah muntah dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, hemolisis, sianosis, anuria, kekeliruan, dan konvulsi. Keracunan kJ�onik menyebabkan hilang selera makan dan hilang berat badan. Dos parah adalah lebih kurang 15 g untuk orang dewasa dan 2 g untuk kanak-kanak. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kesesakan dan kakisan gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hati, serta darah berwarna coklat.
nitrobenzene poisoningkeracunan nitrobenzenaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada nitrobenzena (formula kimia, C6H2NO2), iaitu cecair berminyak berwarna kuning pucat yang digunakan dalam penggilap kasut, sabun, minyak wangi, dan perisa buatan. Pendedahan dalam industri berlaku akibat penyedutan wasap atau penyerapan kulit. Gejala keracunan termasuk sakit kepala, mengantuk, loya, hilang kawalan otot, warna kulit kebiruan, dan dalam kes teruk, kegagalan pernafasan. Dos parah ialah 700 mg/kg, dan had pendedahan ialah I ppm. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan menyebabkan sianosis, sakit kepala, sesak nafas, pening, kekeliruan, tekanan darah turun, kelesuan, stupor, konvulsi, koma, dan kemungkinan mati jika aras metemoglobin 70% atau lebih. Demam kuning, disuria, dan anemia mungkin dialami kemudian. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit mungkin mempengaruhi sistem saraf, hati, buah pinggang, dan sumsum tulang. Gejalanya ialah hilang berat badan, anemia,

Kembali ke atas