tulang daing | tulang daing | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Millettia atropurpurae, dan juga nama lain bagi genus Millettia daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jenerek, urat rusa, dan kayu rindu, di Sarawak ialah kedang belum. Spesies utama kayu ini termasuk Millettia al-biflora, M. atropurpurea, dan M.vasta. Gubal kayu kayu daing sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat jingga dan kadangkal mempunyai zon parenkima yang berwarna lebih muda. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana terdapat banyak parenkima, dengan ira yang simpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini sukar dikerjakan, tidak tahan, dan mudah diserang kulat dan serangga. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan dalaman, perabot, dan kotak. |
rarefaction | rarefaksi | Perubatan | Tiada | Kekurangan ketumpatan dan berat sesuatu tisu atau organ tanpa menjejaskan isi padu. Misalnya, rarefaksi tulang merujuk pada tulang yang berliang (porous). |
heart girth | lilitan dada | Veterinar | Tiada | Ukuran panjang keliling dada yang diukur di bahagian belakang tulang belikat ternakan dan digunakan untuk menganggar berat badan. Formula untuk ternakan ruminan: berat badan (kg) = lilitan dada (cm) x lilitan dada (cm) x panjang badan (cm) x 0.025 |
obesity | kegendutan | Biologi | Fisiologi | Penambahan berat badan yang melebihi had keperluan tulang rangkadan keperluan fizikal, akibatnya berlaku penimbunan lemak yang berlebihan di dalam badan. |
osteomalacia | osteomalasia | Perubatan | Tiada | Keadaan yang bercirikan kelembutan tulang, kesakitan, kelemahan otot, anoreksia dan kekurangan berat badan, berpunca dari kekurangan vitamin D, kalsium atau fosforus. |
body composition | komposisi tubuh | Veterinar | Tiada | Kandungan bahagian-bahagian tulang, daging dan lemak sebagai peratusan berat karkas. Biasanya pengiraan komposisi tubuh digunakan dalam kajian Sains Pemakanan dan Sains Daging. Kandungan bahagian-bahagian ini akan berubah mengikut tahap dan jenis pemakanan haiwan. Contohnya, haiwan yang muda mempunyai peratusan lemak yang kurang berbanding haiwan yang lebih tua. |
osteomalacia | osteomalasia | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan yang bercirikan kelembutan tulang, kesakitan, kelemahan otot, anoreksia dan kekurangan berat badan, berpunca dari kekurangan vitamin D, kalsium atau fosforus. |
osteomalacia | osteomalasia | Biologi | Fisiologi | Keadaan yang dicirikan oleh pelembutan tulang serta sakit, kelemahan otot, anoreksia dan kehilangan berat badan, akibat kekurangan vitamin D dan kalsium. |
nekoashi dachi | duduk kaki kucing | Sukan | Tiada | Kaki hadapan menjengket tulang betis tegak, lutut bengkok. Kaki belakang bengkok dengan menanggung 90% berat badan, tapak kaki renggang 45 darjah. Tapak kaki hadapan selari dengan tumit belakang. |
osteomalacia | osteomalasia | Perubatan | Tiada | Kelembutan tulang akibat gangguan proses pemineralan. Keadaan ini diiringi dengan pengumpulan osteoid yang berlebihan, rasa sakit, nyeri, lemah otot, anoreksia dan kurangnya berat badan. |