Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.yun]/[ber.a.yun] | برايون

Definisi : , berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai: budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.yun]/[ber.a.yun] | برايون

Definisi : bergantung dan bergerak berbuai-buai; bergoyang ke sana ke mari: Ketika kecil-kecil dahulu, kami suka sekali ~ pd dahan rambai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berayun

Puisi
 

Orang mengail di Alor Mat Pulih,
     Habis raga dimakan api;
Sana duk harap sini tak boleh,
     Buang tangga berayun kaki.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mabuk kerana beruk berayun.

Bermaksud :

Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critically dampedteredam gentingKejuruteraanTiadaTeredam dalam keadaan antara gerakan fana tak berayun dengan gerakan fana berayun.
self-induced vibrationgetaran swaaruhanFizikMekanikGetaran dalam sesuatu sistem itu sendiri yang disebabkan oleh pertukaran ujian tak berayun kepada ujian berayun. getaran swaujaan
critical damping factorfaktor redaman gentingKejuruteraanTiadaFaktor redaman yang bernilai 1. Ia mewakili keadaan apabila peredaman menghasilkan gerakan yang berada antara keadaan fana tak berayun dengan keadaan fana berayun .Sinonim: nisbah redaman genting.
wave, oscillatorygelombang berayunHidrologiTiadaGelombang yang setiap zarahnya berayun di sekitar satu titik dengan hanya sedikit alihan atau tidak ada langsung alihan kekal ke arah jalaran gelombang.
mutlipole fieldmedan berbilang kutubFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanMedan elektrik dan medan magnet yang terjana oleh berbilang kutub elektrik dan statik aau berayun atau berbilang kutub magnet statik atau berayun.
oscillatoryberayunFizikTiadaTiada
oscillatingberayunMatematikTiadaTiada
swing backberayunKomunikasi MassaTiadaTiada
oscillatory wavegelombang berayunFizikTiadaTiada
oscillatory twiningkembar berayunFizikTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas