oral poetry | puisi lisan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang tidak bertulis, penyampaiannya kepada khalayak adalah dengan cara dituturkan atau dideklamasikan. Ada kalanya puisi lisan ini diucapkan secara spontan. Contohnya, dalam acara berbalas pantun. |
web conference | sidang web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video. |