Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.be.lan.ja] | بربلنجا

Definisi : 1. membeli barang-barang (utk keperluan rumah tangga): mereka ~ utk persiapan Hari Raya Puasa; 2. mengeluarkan wang (utk membayar dll): bukannya sedikit kerajaan ~ utk sekolah-sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.be.lan.ja] | بربلنجا

Definisi : 1 membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2 mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbelanja

Peribahasa

Air mudik sungai,
     semua teluk diranai.

Bermaksud :

Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conspicuous consumptionpenggunaan lagakSosiologiTiadaPerihal berbelanja dengan boros atau berlebih-lebihan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau menarik perhatian ramai.
budget travelerpelancong jimatPelanconganTiadaPelancong yang hanya berbelanja rendah dan santai serta tidak melibatkan kos yang tinggi.
mental retardationkerencatan mentalPsikologiPsikologi UmumTahap kemampuan mental individu yang berada di bawah paras normal. Individu yang mengalami kerencatan mental biasanya mempunyai darjah kecerdasan yang kurang daripada 70. Walau bagaimanapun, individu ini masih boleh melakukan tugasan biasa seperti makan, memakai pakaian, berkomunikasi, berbelanja dan bekerja. Individu ini boleh merasakan penolakan, pemencilan, sindiran atau cercaan. Sekiranya individu tersebut diberi peluang dan sokongan semasa peringkat kanak-kanak, biasanya mereka akan mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat dengan baik.

Kembali ke atas