Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbeza

Puisi
 

Dari dahulu Jawa Semarang,
     Ungai-ungai di atas bukit;
Macam dahulu juga sekarang,
     Tidak berbeza barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
differential dutyduti berbezaEkonomiTiadaDuti import yang mempunyai kadar yang berbeza, bergantung pada negara asal yang mengeluarkan atau mengeksport barang berkenaan. Umpamanya duti import yang dikenakan oleh Malaysia terhadap tekstil yang diimport dari Jepun mungkin berbeza daripada yang dikenakan terhadap tekstil dari Indonesia. Sinonim duti berdiskriminasi.
divergent evolutionevolusi pencapahanBioinformatikBioinformatik MolekulEvolusi bebas (mandiri) yang menyebabkan kewujudan ciri yang berbeza, apabila dua kumpulan dalam spesies yang sama berkembang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza dan/atau tekanan sosial. Kejadian ini menghasilkan spesies yang berbeza seperti serigala mengalami evolusi pencapahan dan menghasilkan spesies anjing yang berbeza.
gene flowaliran genSains ForensikTiadaPertukaran gen antara spesies yang berbeza atau antara populasi yang berbeza dalam spesies yang sama. Pertukaran ini juga dikenali sebagai penghijrahan alel gen. Melalui pengujian mtDNA, aliran gen boleh dikesan bagi tujuan menjejak keturunan suatu kaum. Lihat juga mtDNA.
gene flowaliran genSains ForensikTiadaPertukaran gen antara spesies yang berbeza atau antara populasi yang berbeza dalam spesies yang sama. Pertukaran ini juga dikenali sebagai penghijrahan alel gen. Melalui pengujian mtDNA, aliran gen boleh dikesan bagi tujuan menjejak keturunan suatu kaum. Lihat juga mtDNA.
differential weatheringluluhawa (ke) bezaanGeologiTiadaLuluhawa yang berlaku pada kadar yang berbeza-beza akibat komposisi dan ketahanan batuan yang berubah-ubah atau keamatan luluhawa yang berbeza-beza.
serial raperogol bersiriKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan tanpa kerelaan mangsa secara berturutan dalam kejadian dan masa yang berbeza. Siri kejadian ini boleh melibatkan mangsa yang sama atau berbeza.
internal wavegelombang dalamanSains MarinTiadaGelombang yang terbentuk di perbatasan antara dua lapisan air yang berbeza ketumpatannya. Gelombang ini berlaku di bawah permukaan laut dan tidak berlaku di permukaan laut. Berbeza dengan gelombang permukaan yang disebabkan oleh angin, gelombang dalaman berlaku disebabkan oleh penurunan ketumpatan air secara berterusan yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air.
price discriminationdiskriminasi hargaEkonomiTiadaPengenaan harga yang berbeza bagi barang yang sama kepada pembeli yang berlainan. Diskriminasi harga selalunya diamalkan oleh firma monopoli apabila terdapat perbezaan keanjalan permintaan antara kumpulan pembeli. Misalnya, kadar bayaran bagi penggunaan elektrik, air, dan perkhidmatan telefon berbeza antara kegunaan kediaman dengan kegunaan perusahaan.
area amplitude blockblok amplitud luasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat berbeza, tetapi mempunyai kedalaman yang sama. Blok ini digunakan untuk menentukan hubungan antara saiz ketakselanjaran dan amplitud isyarat dengan membandingkan respons isyarat bagi saiz lubang yang berbeza. Blok ini mengandungi lubang gerudi bertapak rata dengan diameter yang berbeza-beza, tetapi pada kedalaman yang sama.
bimetal temperature sensorpenderia suhu dwilogamKejuruteraan AutomotifEnjinPenderia yang terdiri daripada dua logam yang dilekatkan dan mempunyai kadar pengembangan haba yang berbeza. Pertambahan suhu menyebabkan logam mengalami pengembangan yang berbeza dan seterusnya menghasilkan bentuk melengkung. Pengurangan suhu pula menyebabkan logam kembali kepada keadaan asal. Proses ini menghasilkan operasi buka-tutup bergantung kepada suhu yang ditetapkan.
12345678910...

Kembali ke atas