Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.lang] | بربيلڠ

Definisi : 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.lang] | بربيلڠ

Definisi : lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbilang

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blanking machinepencetak berbilang segiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang memotong kepingan logam nipis menjadi bentuk berbilang segi.
multiple birthkelahiran berbilangPenternakanGenetik dan PembiakbakaanBilangan anak yang dilahirkan lebih daripada satu dalam satu kelahiran. Contoh kelahiran berbilang ialah kembar atau triplet.
multicentre trialpercubaan berbilang pusatHerbaPeraturan dan PemasaranUjian klinikal yang dijalankan dibeberapa pusat dengan menggunakan protokol yang sama. Percubaan berbilang pusat dilaksanakan untuk mendapatkan data yang lebih menyeluruh bagi kajian keberkesanan sesuatu produk herba.
multiple-line underwritingpengunderaitan lini berbilanginsuransTiadaPengeluaran beberapa jenis polisi insurans oleh sebuah syarikat mengikut peruntukan yang dikuatkuasakan di bawah undang-undang pengunderaitan lini berbilang.
serpentine belttali sawat serpentinKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTali sawat yang mempunyai alur berbilang yang diletakkan pada kapi alur berbilang untuk memacu pengulang-alik, stereng kuasa dan pemampat penyaman udara.
maximum parsimonyparsimoni maksimumBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang mengenal pasti aksara berbeza daripada penjajaran jujukan berbilang. Kaedah ini mencari jumlah perubahan aksara yang minimum dalam penjajaran jujukan berbilang untuk membina pepohon filogenetik yang optimum.
multifurcationberbilang cabanganBioinformatikBioinformatik MolekulNod yang tidak terlerai semasa pemecahan leluhur dan menghasilkan beberapa cabang pada nod dalaman, dalam pembinaan semula pepohon filogenetik. Lihat juga filogeni terlerai.
multiple croppingtanaman berbilangPertanian OrganikTanaman Makanan-
multiwavelengthpanjang gelombang berbilangFizikTiadaBerkaitan dengan keupayaan operasi pada beberapa atau banyak panjang gelombang.
multistage processproses berbilang tahapKimiaKimia AnalisisProses pemisahan berturutan apabila perubahan komposisi pada satu tahap tidak memuaskan dan beberapa tahap lagi disambung secara bersiri. Contohnya turus penyulingan berplat atau pengekstrak arus berlawanan Craig.
123456

Kembali ke atas