Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.buat] | بربوات

Definisi : 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buat] | بربوات

Definisi : melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuat

Puisi
 

Orang Bentan berbuat sawah,
     Sawah terisi pandan berduri;
Abang hitam sangat bertuah,
     Satu pelanduk menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berbuat kerja seperti Mak Judai.

Bermaksud :

Selalu membengkalaikan pekerjaannya.

 

Lihat selanjutnya...(144)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nonparticipating insuranceinsurans tanpa pernyertaaninsuransTiadaKontrak insurans yang tidak membayar dividen kepada pemilik polisi kerana tidak terdapat peruntukan dalam polisi untuk berbuat demikian.
optionally renewableboleh baharu beropsyeninsuransTiadaKontrak insurans kesihatan yang memberi insurer sepenuh hak untuk membatalkan perlindungan pada ulang tahun atau dalam beberapa hal, pada tarikh premium patut dibayar. Insurer tidak berhak berbuat demikian pada masa di antara tarikh tersebut.
kidnapping coverageperlindungan penculikaninsuransTiadaPerlindungan terhadap seseorang yang diculik di luar perkarangan yang diinsuranskan dan dipaksa kembali dan membuka bangunan tersebut atau membuka peti besi yang terdapat di dalamnya atau memberi maklumat yang membolehkan penculik tersebut berbuat demikian. Perlindungan ini juga ditawarkan di bawah polisi jenayah seperti insurans kecurian stok terbuka merkantil atau polisi komprehensif 3-K.
low stylegaya murahanKesusasteraanPuisiCara seseorang penyair mengembangkan pemikiran dengan tidak memberi perhatian tentang nilai-nilai keindahan, di samping tiada keseimbangan antara pengucapan isi dengan gaya penyampaian. Keadaan ini menjadikan puisi tersebut tidak bemilai sastera. Penyair berbuat demikian mungkin bertujuan untuk melahirkan kelainan .
parablecerita ibaratKesusasteraanTiadaCerita yang singkat dan bersifat didaktik. Cerita ini bertujuan menyampaikan sesuatu prinsip agama, pengajaran moral atau hakikat umum dengan cara yang menarik. Pengarang cerita ibarat biasanya menggunakan perbandingan alegori atau persamaan antara unsur cerita dengan isu moral atau falsafah agar pengisahannya mudah difahami, hidup dan berkesan. Unsur pengajaran dalam cerita ibarat wujud secara tidak ketara. Naratif direka untuk memberikan penjelasan secara tersirat, umpamanya melalui analogi dengan peristiwa sebenar yang biasanya mengandungi nilai-nilai agama. Seperti yang terungkap dalam Bible, bentuk cerita ibarat merupakan kaedah pengajaran jesus yang terkenal, dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tradisi alegori didaktif sastera Barat. Dalam sastera Timur, contoh yang ditemui dalam cerita berbingkai, Hikayat Bayan Budiman. Kisah ini merupakan rangkaian cerita ibarat yang dikisahkan oleh Burung Bayan kepada Bibi Zainab bagi mengelakkannya berbuat curang. Cerita ibarat juga mengandungi unsur fantasi, digunakan dalam cereka sains atau fantasi yang bersifat satira dan memberikan nilai pengajaran. Cerita ibarat berasal daripada bahasa Yunani parable yang bermaksud �perbandingan dan bidalan�. Lihat juga berbingkai, fantasi, satira.

Kembali ke atas