Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) bulu-bulu, pianggu jantan, Pellacalyx axillaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : ada bulunya: Dadanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbulu

Puisi
 

Terung asam terung berbulu,
     Mari ambil buat kerabu;
Jangan tuan salah keliru,
     Nak cari umbut terkena buku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hairy nanospherenanosfera berbuluFizikNanoteknologiNanosfera bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer pendek yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan berbulu. Nanosfera berbulu digunakan untuk membuang sebatian organik di dalam air. Banding nanosfera bintang.
Tasmanian devilmomok TasmaniaVeterinarTiadaMamalia pemakan daging yang ditemui di PulauTasmania di Australia, bersaiz sebesar anjing, dengan badan yang kuat dan berbulu hitam.
biological profilingpemprofilan biologiHerbaPemiawaianMaklumat yang berkaitan dengan ciri biologi sesuatu tumbuhan herba seperti morfologi, histologi dan aktiviti biologi. Contohnya, daun senduduk (Melastoma malabathricum) yang berbentuk eliptik lanseolat dan berbulu serta bersifat antikanser.
star nanospherenanosfera bintangFizikNanoteknologiBahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer panjang yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan seperti bintang. Nanosfera bintang digunakan dalam industri untuk meningkatkan kekuatan peleburan bahan plastik. Banding nanosfera berbulu.

Kembali ke atas