Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bercampur dengan orang pemaling,
     sekurang-kurangnya jadi pencecak.

Bermaksud :

Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixed loadmuatan bercampurPertanian OrganikTanaman Makanan-
mixed mortgagegadai janji bercampurPenilaian Harta TanahTiadaTiada
mixed figurekiasan rancuKesusasteraanPuisiUnsur kiasan bercampur-campur yang digunakan dalam sesebuah puisi. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memperjelas sesuatu maksud atau citra yang kabur ataupun unik.
twilight statekeadaan samar-samarPerubatanPsikiatriKeadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi.
twilight statekeadaan samar-samarPerubatanPsikiatriKeadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi.
premixed burnerpenunu pracampurKimiaKimia AnalisisSistem penunu yang titisan sampelnya bercampur terlebih dahulu dengan gas pengoksida sebelum ia dibawa ke dalam nyalaan. Penunu ini biasanya digunakan dalam spektroskopi penyerapan atom. Gas pengoksida yang digunakan termasuklah oksigen dan nitrus oksida.
early fuel evaporationpenyejatan bahan api awalKejuruteraan AutomotifEnjinKaedah penyejatan bahan api yang bercampur dengan udara dalam pancarongga pengambilan yang menggunakan haba daripada ekzos atau menggunakan pemanas elektrik. Proses ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi enjin dan mengurangkan pancaran ekzos semasa keadaan mula sejuk.
psychosispsikosisHerbaFitoterapiGangguan fikiran yang dicirikan oleh gangguan personaliti dan hilangnya realiti disebabkan fikiran bercampur dengan khayalan dan halusinasi.
air-fuel mixturecampuran udara-bahan apiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUdara dan bahan api yang bercampur melalui karburetor atau sistem pancitan bahan api untuk membolehkan pembakaran berlaku di dalam silinder enjin.
mean high watermin air pasangSains MarinTiadaPurata perubahan ketinggian air pasang tinggi pada pasang surut yang bercampur sepanjang tempoh 19 tahun.
123

Kembali ke atas