Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.rah] | برداره

Definisi : 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.rah] | برداره

Definisi : 1 mempunyai darah: Manusia yg hidup semuanya ~. ~ raja dr keturunan raja. 2 keluar darah: Mulutnya ~ kerana dia terjatuh. 3 bersifat; berjiwa: Orang-orang Melayu ~ perwira. 4 ada darah yg melekat: Kain pembalut yg ~ itu dibuang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdarah

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah),
     luka di hati siapa tahu?

Bermaksud :

Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dogfightinglaga anjingSukanTiadaSejenis sukan berdarah antara dua ekor anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton.
gingivitisgingivitisHerbaFitoterapiKeradangan pada gusi yang menyebabkan bengkak dan berdarah.
haemoptysishemoptisisKejururawatanTiadaBahan yang mengeluarkan darah atau kahak yang berdarah, biasanya berkaitan dengan inflamasi dan lesi yang mengakibatkan hakisan tisu dan salur darah. Keadaan ini disebabkan oleh bronkitis, pneumonia, tuberkulosis dan karsinoma pulmonari.
astringentastringenHerbaPemiawaianEkstrak herba yang merangsang permukaan kulit untuk menjadi kurang berminyak, mengurangkan bengkak atau membuat luka berhenti berdarah. Contohnya, minyak pati serai makan (Cymbopogon citratus).
scurvyskurviHerbaFitoterapiSejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C di dalam badan dan dicirikan oleh gusi yang bengkak dan mudah berdarah.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight.
motile aeromonas septicemia (MAS)septisemia aeromonas motil (MAS)PerikananAkuakulturPenyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria, Aeromonas hydrophila yang kebiasaannya menyerang ikan air tawar. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda bintik berdarah pada badan. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan kadar kematian ikan yang tinggi. Contoh ikan yang boleh dijangkiti penyakit ini ialah ikan kap, sepat dan keli.

Kembali ke atas