meter | meter | Kesusasteraan | Tiada | 1. Matra: Irama sajak. Dalam puisi ada 4 jenis asas membentuk irama sajak. i. Bentuk kuantitatif. ii. Berdasarkan tekanan. iii. Berdasarkan suku kata. iv. Berdasarkan tekanan dan suku kata serentak. |
‘adadiyyat | harta dibilang | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang diurus niaga berdasarkan ukuran atau bentuk yang hampir sama. Contohnya, telur berdasarkan gred atau kelapa berdasarkan saiz. |
‘urud tijarah | barang dagangan | Perniagaan Islam | Tiada | Objek yang diperdagangkan atau dijual berdasarkan unit dan bukan berdasarkan sukatan atau timbangan seperti peralatan elektrik, perabot dan pakaian. Lihat juga muqaddarat. |
guaranteed cost | kos terjamin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Premium yang dikenakan bukan berdasarkan kepada pengalaman kerugian sebenar, tetapi berdasarkan kepada jangkaan kerugian, sama ada tetap atau boleh diselaraskan, atau berdasarkan kepada pengadaran khusus. Ini bermakna premium itu tetap dan tidak akan diselaras atau diubah mengikut pengalaman kerugian sepanjang tempoh polisi. |
makilat | harta yang disukat | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang diurus niaga berdasarkan sukatan seperti kilogram, paun, kampit atau liter. Contoh makilat ialah padi, gandum, barli, minyak, petrol, simen dan gula. Makilat bergantung pada tempat urus niaga sama ada berdasarkan sukatan atau timbangan. Sekiranya diurus niaga berdasarkan sukatan, harta dikenali sebagai makilat manakala urus niaga berdasarkan timbangan dikenali sebagai mawzunat. |
reconnaissance map | peta tinjauan | Geologi | Tiada | Peta berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam survei tinjauan dan juga berdasarkan data yang diperoleh dari sumber-sumber yang lain. |
piece work | ikut kerja | Pentadbiran | Tiada | Pembayaran berdasarkan jumlah yang dihasilkan. Ini bermakna upah akan diberikan berdasarkan prestasi atau output pekerja. |
takaful coverage | perlindungan takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkhidmatan yang perlu diambil oleh pihak tertentu untuk menghadapi musibah. Keperluan ini mungkin wujud berdasarkan kesedaran pihak tertentu atau berdasarkan penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, pelan takaful keluarga dan takaful cermin kenderaan merupakan perlindungan yang dilakukan atas kesedaran sendiri, manakala contoh perlindungan takaful berdasarkan penguatkuasaan undang-undang ialah takaful motor pihak ketiga dan takaful gadai janji. Perolehan perlindungan berbentuk manfaat akan diberikan kepada peserta, waris atau gantian harta. |
anatomical age | umur anatomi | Gerontologi | Tiada | Umur yang ditentukan berdasarkan struktur fizikal dan bukan berdasarkan fungsi atau peredaran masa. |
electronic theory of valency | teori valensi elektron | Kimia | Tiada | Penerangan valensi berdasarkan struktur atom, dan terutamanya berdasarkan anggapan bahawa susunan tertentu elektron terluar dalam atom adalah stabil dan terbentuk sama ada secara pemindahan atau perkongsian elektron antara atom. |