quasi-sovereign unit | unit separa berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau badan yang belum sepenuhnya berdaulat kerana masih tidak mendapat persetujuan antarabangsa untuk mengiktirafnya sebagai satu badan atau wilayah yang sah. Wilayah yang sedang berjuang seperti Taiwan, Chehnya dan Catalina (berdekatan Kanada) dianggap sebagai separa berdaulat. Mereka ini masih belum mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti PBB dan juga dari pemerintah pusat yang mendominasinya. |
sovereign power | kuasa berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat autoriti berdaulat. |
sovereign authority | autoriti berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Autoriti pemerintah yang absah, merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain sama ada dar dalam dan luar negeri. Autoriti ini dimiliki oleh pemerintah dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Kedudukan autoriti yang berdaulat ini memberi pemerintah itu satu hak yang bebas untuk menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi sendiri serta melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya. Autoriti berdaulat ini tidak wujud dalam pemerintahan yang dikuasai oleh pihak asing seperti kedudukan pemerintah boneka Iraq setelah dicerobohi oleh Amerika Syarikat pada pascaperang Iraq pada tahun 2003. Sinonim kuasa berdaulat. |
sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh negara lain. Negara ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Negara berdaulat ini bebas melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya dan membuat hubungan diplomatik dengan negara lain. Negara berdaulat banyak muncul di Asia dan Afrika selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya Malaysia, India dan Indonesia. |
quasi-international | separa antarabangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara sebuah negara berdaulat dengan sebuah wilayah lain yang masih kabur taraf kedaulatannya di peringkat antarabangsa. Ini berbeza dengan hubungan antara dua negara berdaulat yang dikenali sebagai hubungan antarabangsa. Contohnya, hubungan negara Jepun dengan Taiwan merupakan separa antarabangsa kerana Taiwan belum mendapat taraf kedaulatan di peringkat antarabangsa. |
princely capital | bandar berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat bandar beraja. |
sovereign ruler | pemerintah berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain. Pemerintah ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama dalam menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi serta melaksanakan dasar dalam dan luar negara. Pemerintah ini muncul sama ada melalui pilihan raya seperti di Malaysia atau warisan seperti negara Brunei Darussalam. |
treaty | perjanjian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persetujuan rasmi yang dibuat antara dua atau lebih negara yang berdaulat. Sebelum persetujuan dicapai, wakil dari negara yang terIibat terlebih dahulu berunding dan membuat tawar-menawar dalam perbincangan. Persetujuan ini biasanya diabsahkan oleh badan perundangan negara terIibat seperti hakim atau ketua negara dan kemudian dijadikan dalam bentuk bertuIis dengan pengesahan mohor pemerintah. Nama perjanjian pula biasanya mengambiI nama tempat perjanjian itu diadakan. Contohnya, Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Bangkok 1909 dan Perjanjian Camp David l978. |
state's right | hak negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak yang dimiliki oleh pemerintah sebagai institusi yang berkuasa dan berdaulat untuk memelihara kepentingan nasional atau orang ramai. Hak negara terdiri daripada hak untuk membuka tanah dan membangunkan negara, hak dalam menguasai perbendaharaan dan kekayaan negara, hak merahsiakan maklumat sulit dan hak mengadakan pilihan raya. Hak ini dipelihara untuk mengawal keselamatan, memelihara kepentingan ekonomi dan juga mengawasi pembangunan sosial masyarakat negara supaya tidak terjejas. Contohnya, hak negara Malaysia untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel adalah suatu hak yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. |
sovereign | daulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa tertinggi yang tidak mempunyai batas sama ada merujuk kepada negara atau raja. Negara yang berdaulat adalah negara yang merdeka, tidak dijajah atau dikuasai pemerintahannya oleh sebarang kuasa luar. Ia bebas melaksanakan pemerintahan sendiri. Manakala daulat raja merujuk kepada kuasa luar biasa yang dimilikinya dan penderhakaan terhadapnya boleh membawa bencana. Pada masa dahulu, raja dipercayai sebagai utusan tuhan di muka bumi dan memiliki kekuatan luar biasa seperti boleh melihat benda yang gbaib. Konsep ini sering dikaitkan dengan usaha golongan istana untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan rakyat. Contohnya, kedudukan daulat Raja Melayu Melaka dahulu didakwa hasil daripada keturunan Iskandar Zulkarnain yang bermula dengan perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. |