minimum viable product (MVP) | produk berdaya maju minimum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu teknik pembangunan produk atau tapak web e-pembelajaran baharu dengan ciri-ciri minimum, tetapi memadai untuk pengguna awal kepada produk tersebut. |
cyber resilience | kebingkasan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kemampuan organisasi untuk berdaya tahan dan bertindak pantas dalam menghadapi dan memulihkan perniagaan daripada serangan siber. |
seminal plasma | plasma seminal | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair semen yang membantu sperma agar kekal berdaya hidup. Plasma seminal disumbangkan oleh kelenjar aksesori seks dalam saluran pembiakan jantan seperti kelenjar prostat, vesikel seminal dan bulbo uretra. Plasma seminal merupakan perantara fungsi kimia semen. |
broom wagon | kenderaan kutip | Sukan | Lumba Basikal | Pengangkutan yang disediakan bagi pelumba yang tercicir,atau tidak berdaya menamatkan perlumbaan. Sinonim: sack wagon |
snowflake generation | generasi salju/generasi rapuh | Umum | Tiada | Generasi yang lahir pada atau selepas tahun 2010 yang dikatakan kurang berdaya tahan dan lebih cenderung untuk tersinggung berbanding generasi sebelumnya. |
sustainable production | pengeluaran mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembuatan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan sistem yang bebas daripada pencemaran, penjimatan tenaga dan pemuliharaan sumber asli. Pengeluaran mampan boleh menghasilkan ekonomi yang berdaya maju dan menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan pengguna. |
chemical modification | pengubahsuaian kimia | Buluh | Tiada | Pengubahsuaian sifat buluh menggunakan bahan kimia seperti anhidrida, isosianida dan asid karboksilik. Bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan kumpulan hidroksil (-OH) pada buluh dan mengubah sifat buluh menjadi lebih kuat dan berdaya tahan. |
photobleaching | fotoluntur | Fizik | Nanoteknologi | Pemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul. |