Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.kir] | برديکير

Definisi : mengucapkan puji-pujian kpd Rasul (dgn berlagu): datang seorang lagi mem­per­silakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud; ~ barat Kl bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.kir] | برديکير

Definisi : 1 mengucapkan puji-pujian kpd Allah; berdoa dgn berlagu. 2 bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdikir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
choruskorusKesusasteraanTiadaSekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut.

Kembali ke atas