Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdua

Puisi
 

Berdua-dua berjalan malam,
     Kain disidai di rumah sebelah;
Mabuk arak dari semalam,
     Main mabuk bila nak sudah?


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Berdua mendatangkan perbantahan.

Bermaksud :

Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duumvirateperintahan berduaSejarahTiada1. Bentuk pemerintahan kerajaan Rom purba yang terdiri daripada dua duumvir yang menganggotai satu badan, majlis atau jawatankuasa untuk upacara tertentu.,2. Gabungan dua orang di peringkat tertinggi pentadbiran untuk menjalankan sesuatu tugas penting.
dual deskmeja berduaPendidikanTiadaTiada
double deskmeja berduaPendidikanTiadaTiada
الخلوةkhalwatAgama IslamFiqhBerdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang sah nikah di tempat dan keadaan yang boleh menimbulkan fitnah.

Kembali ke atas