Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.duét] | ردوءيت

Definisi : 1. berpadu suara (dua orang) me­nyanyikan sebuah lagu; 2. berdua me­mainkan sebuah lagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.duét] | ردوءيت

Definisi : 1 bersama-sama menyanyikan sebuah lagu; berpadu suara. 2 bersama-sama memainkan sebuah lagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berduet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
samplingpensampelanTeknologi MaklumatTiadaProses penukaran isyarat dunia-nyata (data analog) kepada kod digital dalam sela masa tertentu. Contohnya diproses pensampelan isyarat suara dijalankan pada kadar 44.1kHz (kilo sampel per saat). Dalam muzik, tindakan mengambil sebahagian daripada bunyi rakaman dan menggunakannya semula sebagai instrumen atau elemen dalam rakaman yang baru. Tindakan ini dijalankan dengan menggunakan alat rakaman atau perisian komputer pada komputer digital. Misalnya kaedah ini digunakan oleh kumpulan KRU dalam rakaman semula lagu Getaran Jiwa ciptaan Tan Sri P. Ramlee. Menerusi kaedah ini, KRU seakan-akan berduet dengan Tan Sri P. Ramlee dalam lagu Getaran Jiwa yang diberi nafas baru oleh KRU. Lihat sampel.
gagayangagayanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Badan alat muzik ini berbentuk segi empat tepat, berleher panjang dan berfret. Gagayan mempunyai dua tali yang dipetik dengan jari dan dimainkan oleh golongan lelaki suku kaum Lotud dari Tuaran secara solo atau berduet. Sekiranya dua gagayan dimainkan serentak, muziknya dikenali sebagai batangkung.


Kembali ke atas