Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.du.ri] | بردوري

Definisi : mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.du.ri] | بردوري

Definisi : ada durinya; mempunyai duri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berduri

Puisi
 

Terlepas talang berduri,
     Batang kandar di balik lombong;
Hari panas helang berbunyi,
     Badan terkenang mandeh kandung.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Duduk di ambung-ambung taji.

Bermaksud :

Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
endoparasitic infestationserangan endoparasitPerikananAkuakulturJangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit.
channel catfish virus (CCV)virus ikan keli terusan (CCV)PerikananAkuakulturSejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot.
open coupletkuplet terbukaKesusasteraanPuisiSajak yang tidak dapat berdiri sendiri terutama dari segi makna. Baris terakhir dalam sesuatu bait itu mempunyai hubungan makna dengan bait sebelum atau bait berikutnya. Pantun berkait yang baitnya terdiri daripada dua baris saja dapat dijadikan contoh kuplet terbuka. Contohnya, seperti pantun berkait di bawah. Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupanya tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri, Kepayang tumbuh di dalam dulang; Dagangan indah tidak terbeli, Sayang sungguh nyawanya hilang.

Kembali ke atas