snorkeling | selam snorkel | Sukan | Tiada | Aktiviti berenang dan menyelam dalam air dengan menggunakan kaki sirip dan snorkel berbentuk J, yang terdiri daripada gogal, penutup hidung dan tiub yang hujungnya dimasukkan ke dalam mulut dan menganjur ke atas permukaan air. Snorkel ini berfungsi sebagai alat bantuan pernafasan ketika di dalam air. |
neuston | neuston | Sains Marin | Tiada | Organisma akuatik kecil atau plankton yang terapung-apung dan berenang di permukaan air atau mendiami lapisan permukaan dengan bergerak ke kawasan pertemuan udara dan air. |
streptococcosis | streptokokosis | Perikanan | Akuakultur | Sejenis penyakit pada ikan yang disebabkan oleh bakteria daripada famili Streptococcaceae. Streptokokosis menyebabkan ikan berenang secara berpusing-pusing dan mata membonjol. |
copepod | kopepod | Perikanan | Akuakultur | Kumpulan krustasea seni yang hidup di dalam air masin atau air tawar. Kopepod mempunyai satu mata ringkas, bercangkerang dan berenang di dalam air. Kopepod juga digunakan sebagai makanan hidup untuk larva ikan marin bagi peringkat awal kopepod. |
continuous skill | kemahiran selanjar | Sains Sukan | Biomekanik | Kelas kemahiran yang tidak memperlihatkan permulaan dan pengakhiran yang nyata. Tahap permulaan dan pengakhiran perlakuan kemahiran ini ditentukan oleh pelaku. Contohnya, berjalan, berenang atau berbasikal. |
viral nervous necrosis | nekrosis saraf virus | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan air payau dan laut yang disebabkan oleh virus daripada famili Nodaviridae. Ikan yang dijangkiti penyakit ini akan menunjukkan tanda-tanda seperti berenang berpusing-pusing. Nekrosis saraf virus boleh mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi semasa di peringkat larva dan juvana. |
negatively accelerated learning curve | lengkok pembelajaran cekung | Sains Sukan | Biomekanik | Lengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang perlahan semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang mendadak setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas berenang seperti teknik penafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Namun, selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain. |
edwardsiellosis | edwardsielosis | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria Edwardsiella sp. Penyakit ini menyerang ikan air tawar, ikan air payau dan ikan air masin. Gejala penyakit adalah berbeza antara satu spesies dengan spesies yang lain. Antara contoh gejalanya ialah ikan berenang berpusing-pusing, ikan berkeadaan lemah, timbul ulser yang kecil pada badan atau septisemik dan pembentukan abses, serta perdarahan pada sirip. |
comb jellies | ubur-ubur sikat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan organisma marin filum Ctenophora yang berbentuk gelatin (jeli). Ubur-ubur ini mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan ubur-ubur (jellyfish) tetapi tiada tentakel sengat (cnidosit). Ciri utama haiwan ini ialah ia mempunyai barisan silia berupa "sikat" yang digunakan untuk berenang. |
planktivorous | planktivorus | Sains Marin | Tiada | Organisma yang memakan plankton sama ada fitoplankton atau zooplankton. Planktivorus memperoleh makanan daripada pelbagai cara, sama ada yang memakan plankton secara selektif atau secara rambang. Contohnya, spesies ikan karang yang secara selektif mengutip zooplankton dari badan air. Organisma penuras ampaian seperti Bivalvia menapis sejumlah besar air dan menelan plankton secara pukal. Organisma besar seperti pari manta dan jerung paus berenang dengan mulut terbuka untuk menyaring air. Terdapat juga organisma yang mengepam air dan menapis menggunakan lembaran mukus. |