Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ren.ta/] | برنتق

Definisi : mengikut, mempunyai atau me­makai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan di­dendangkan dlm majlis itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ren.ta/] | برنتق

Definisi : mempunyai rentak: Lagu itu ~ joget. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berentak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formulaic verbal theoryteori formulaik lisanKesusasteraanTiadaTeori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita yang sama. Hal ini demikian kerana tukang cerita akan melakukan improvisasi ke atas ceritanya. Cerita yang disampaikan bukanlah teks yang dihafal tetapi teks yang terdiri daripada formula tersirat bagi setiap tahap cerita. Kaedah penciptaan ini dikenali sebagai penciptaan skematik dan merupakan penciptaan lisan yang berbeza daripada penciptaan tulisan. Oleh sebab penciptaan tersebut, maka tidak terdapat satu versi lisan yang dianggap benar-benar tepat kerana setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Lihat juga formula.
talibuntalibunKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga sebagai sesomba.
incantationmanteraKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�.

Kembali ke atas