Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.er.ti] | برارتي

Definisi : 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.er.ti] | برارتي

Definisi : 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bererti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
significant figureangka berertiKimiaKimia AnalisisBilangan digit yang perlu untuk menyatakan hasil pengukuran sesuai dengan kepresisan yang diukur. Ia biasanya terdiri daripada digit-digit yang diketahui dengan pasti ditambah satu digit tak pasti. Misalnya, suatu isi padu cecair 20.57 ml. Nilai 20.5 adalah nilai yang diketahui dengan pasti dan digit yang terakhir iaitu 7 merupakan nilai anggaran. Oleh yang demikian, bilangan angka bererti bagi nombor ini ialah 4.
bombastbombasKesusasteraanTiadaBahasa atau kata-kata yang kedengarannya hebat, atau muluk, tetapi kurang bererti atau berlebih-lebihan daripada perkara sebenar yang ingin disampaikan.
insurance coverageperlindungan insuransinsuransTiadaSkop perlindungan yang diberi di bawah syarat polisi insurans. Istilah ini juga bererti amaun yang dilindungi oleh sesuatu polisi insurans.
chromosomekromosomFizikNanoteknologiStruktur DNA dan protein yang tersusun pada sel. Kromosom berasal daripada bahasa Greek yang bererti warna disebabkan sifatnya yang dilumur oleh pewarna.
insurance coverageperlindungan insuransPentadbiran PerniagaanTiadaSkop perlindungan yang diberi di bawah syarat polisi insurans. Istilah ini juga bererti amaun yang dilindungi oleh sesuatu polisi insurans.
mixed economyekonomi campuranEkonomiTiadaSistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran.
income policydasar pendapatanEkonomiTiadaDasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung.
homology searchcarian homologiBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pencarian jujukan DNA, RNA atau protein yang serupa dan mirip dengan jujukan kajian daripada set data jujukan di dalam pangkalan data biologi. Carian homologi memberikan skor persamaan yang bererti kepada pasangan penskoran tinggi (HSPs).
excess burdenbeban berlebihanEkonomiTiadaTambahan beban cukai yang ditanggung oleh unit-unit ekonomi akibat daripada pelaksanaan cukai yang tidak optimum atau tidak cekap. Cukai yang tidak cekap ini ialah cukai yang mengherotkan harga relatif. Ini bererti cukai tersebut menimbulkan kesan penggantian dan kesan pendapatan, manakala cukai optimum hanya menimbulkan kesan pendapatan sahaja kerana cukai optimum tidak mengherotkan harga relatif.
ecritureecritureKesusasteraanTiadaPenulisan yang diberikan keutamaan berbanding dengan pengucapan. Sesuatu bentuk penulisan sama ada wacana, konteks sosial, politik dan linguistik semuanya membentuk makna. Dalam kesusasteraan, penulisan mempunyai empat makna seperti yang berikut: (a) penulisan sebagai gaya yang membentuk pandangan hidup dan bukan sesuatu yang neutral (b) penulisan sebagai aktiviti yang merujuk ke dalam diri, dan tidak di luar diri (c) penulisan sebagai difference, iaitu sesuatu yang maknanya sentiasa tertangguh dan berbeza (d) penulisan sebagai ecriture feminine, iaitu penulisan khusus tentang wanita yang bersifat gender. Ecriture berasal daripada perkataan Perancis bererti �penulisan� tetapi pengkritik sastera kurang gemar menggunakan perkataan ini kerana mereka berasa maksudnya kurang tepat.
12

Kembali ke atas