interstitial velocity | halaju ruang antara | Hidrogeologi | Tiada | Kadar gerakan air di dalam liang dan juga dari satu liang ke liang lain di dalam medium berliang. Di dalam medium yang homogen bezantara halaju adalah lebih lebar sedangkan dalam medium yang tak homogen, mungkin terdapat perbezaan yang berganda-ganda besarnya. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Lohman drr. 1972 |
multipe bond | ikatan berganda | Kimia | Tiada | Ikatan di antara dua atom yang melibatkan perkongsian yang daripada satu pasangan elektron. Misalnya, ikatan ganda dua (dua pasangan elektron) dan ganda tiga (tiga pasangan elektron). Sin. ikatan tak tepu. |
double X | X ganda dua | Biologi | Genetik | Kromosom X luar biasa pada Drosophila melanogaster yang dihasilkan oleh aberasi aruhan sinaran. Kromosom X tersebut adalah akrosentrik dan panjangnya berganda berbanding dengan kromosom X biasa yang metasentrik. |
Purple Book | Buku Ungu | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen spesifikasi untuk format cakera padat ketumpatan berganda (DDCD). Dokumen ini diberi nama Buku Ungu secara tidak rasmi oleh Sony dan Philip. Buku Ungu menyediakan spesifikasi bagi membolehkan sekeping CD menyimpan 1.3 Gigabait, iaitu dua kali ganda kapasiti CD biasa dengan menyempitkan trek nada dari 1.6 mikron kepada 1.1 mikron, dan memendekkan panjang pit minimum dari 0.833 mikron kepada 0.623 mikron. Kandungan spesifikasi Buku Ungu yang lain ialah kaedah pembetulan ralat yang baru yang dikenali sebagai CIRC7 yang diadaptasi dari format fail ISO 9660, serta pengimbasan pada kelajuan 0.9 meter per saat. |
pi bond | ikatan api | Kimia | Tiada | Ikatan kavolen, simbol p, yang terhasil daripada pertindihan di antara dua orbital p yang serenjang dengan garis yang menghubungi kedua-dua nukleus. Kedua-dua orbital ini bertindih secara sisi, dengan hampir semua ketumpatan elektron berpusat di atas dan di bawah garis yang menghubungi kedua-dua nukleus. Ikatan ini wujud dalam ikatan berganda, misalnya ikatan ganda dua terdiri daripada satu ikatan sigma dan satu ikatan pi, manakala ikatan ganda tiga terdiri daripada satu ikatan sigma dan dua ikatan pi. |
quinone | kuinon | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kefungsian keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan berganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya mempunyai warna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dan kefungsian keton. Kebanyakan sebatian kuinon digunakan sebagai bahan pewarna di samping berguna sebagai bahan ubatan dan racun kulat. |
ribonucleic acid | asid ribonukleik (RNA) | Bioteknologi | Tiada | Polimer yang terdiri daripada unit gula ribosa dan fosfat. Satu daripada empat bes, A(adenina), C(sitosina), G(guanina) dan U(urasil) yang bersambung dengan setiap gula. RNA berperanan dalam sintesis protein dan wujud dalam beberapa jenis, iaitu mRNA, rRNA, HnRNA dan tRNA. RNA dihasilkan melalui transkripsi daripada templat DNA. Sesetengah RNA berganda melalui pasangan bes yang berkomplemen untuk menjadi bebenang ganda dua, tetapi kebanyakannya adalah tunggal. |