composite function | fungsi komposit | Matematik | Tiada | Fungsi yang bergantung kepada pembolehubah yang bergantung kepada pemboleh ubah lain pula, dan boleh ditulis sebagai fungsi suatu fungsi. |
caregiver | pengasuh | Perubatan | Tiada | Seseorang yang menguruskan jagaan kepada pesakit yang bergantung sepenuhnya atau bergantung separa untuk penjagaan diri pesakit berkenaan. |
frequency � dependent selection | pemilihan bergantung frekuensi | Biologi | Genetik | Pemilihan yang melibatkan ketegapan bergantung pada frekuensi. |
day length | jangka siang | Botani | Tiada | Pembahagian spesies tanaman yang bergantung kepada pengaruh jangka masa siang untuk mengeluarkan bunga. Tumbuhan dapat dibahagikan kepada lima kumpulan bergantung pada gerak balas terhadap jangka masa siang untuk berbunga, iaitu tumbuhan pendek-siang (SDP), tumbuhan panjang-siang (LDP), tumbuhan pendek-panjang siang (SLDP), tumbuhan panjang-pendek siang (LSDP) dan tumbuhan yang tidak bergantung pada jangka masa siang atau jangka masa neutral siang (DNP). |
form drag | seretan bentuk | Aeroangkasa | Tiada | Seretan daripada tekanan normal yang bergantung kepada bentuk jasad.,Konfigurasi pesawat udara yang mempunyai sepasang sayap sahaja.,Seretan daripada tekanan normal yang bergantung kepada bentuk jasad. |
pseudocritical temperature | suhu pseudokritikal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Suhu tak kritikal sebenar sesuatu campuran yang bergantung pada kandungan dan jenis molekul campuran. Suhu pseudokritikal menjelaskan suhu kritikal yang bergantung pada daya antara molekul di dalam sesuatu campuran. |
pseudocritical pressure | tekanan pseudokritikal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tekanan tak kritikal sebenar sesuatu campuran yang bergantung pada kandungan dan jenis molekul campuran. Tekanan pseudokritikal menjelaskan tekanan kritikal yang bergantung pada daya antara molekul di dalam sesuatu campuran. |
state function | fungsi keadaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi yang menyatakan sifat seperti isi padu, tekanan, suhu, tenaga dalaman, entropi, entalpi, dan lain-lain yang tidak bergantung pada sejarah atau laluan untuk mencapai sesuatu keadaan. Sifat ini hanya bergantung pada keadaan semasa dan boleh dijelaskan sebagai satu titik di atas graf. Misalnya, entropi yang bergantung pada tenaga sistem dan keadaan tertentu, seperti keadaan keseimbangan. |
dependency behavior | tingkah laku kebergantungan | Psikologi | Psikologi Umum | Tingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah. |
dependent variable | pemboleh ubah bersandar | Matematik | Tiada | Pemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Diberi suatu fungsi f, dengan pemboleh ubah x mewakili nilai dalam domain dan pemboleh ubah y mewakili nilai f(x), ditulis y = f(x). Nilai y bergantung pada nilai x ; y dikenali sebagai pemboleh ubah bersandar dan x dikenali sebagai pemboleh ubah tak bersandar. Dengan ini, y dikatakan satu fungsi bagi pemboleh ubah tak bersandar, x. Misalnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah tak bersandar ialah x, manakala pemboleh ubah bersandar ialah y, dan y ialah fungsi bagi pemboleh ubah x. |