watered silk | sutera barik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fabrik daripada benang sutera yang bergaris-garis, berbintik-bintik atau berbelang-belang |
abalone | abalone | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Moluska laut gastropod daripada genus Haliotis yang boleh dimakan, mempunyai cangkerang berbentuk bujur atau bulat, berlubang-lubang di hujungnya dan bergaris-garis dengan bintik-bintik seperti mutiara. |
neoclassicism | neoklasikisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan seni yang muncul di Eropah pada penghujung abad ke-18, yang mendapat inspirasi daripada seni bina klasik Yunani dan Rom. Gerakan ini berkembang sehingga awal abad ke-19, dan lebih dikenali dengan nama gaya neoklasik. Antara ciri reka bentuk bangunan yang dibina pada masa itu ialah penggunaan bentuk simetri, bergaris-garis dan penampilan mukaan yang rapi. Bahagian dinding dan tembok bangunan dibuat dalam ukuran yang tebal serta lantai diperbuat daripada marmar. Bahagian hadapan bangunan menggunakan tiang-tiang yang menerapkan gaya Yunani seperti tiang Ionia, Doris dan Corinth. Fungsi utama tiang adalah untuk menopang dan mengukuhkan bangunan, dan bukannya untuk tujuan hiasan. Contoh bangunan yang mempunyai ciri neoklasik ialah Universiti Virginia yang dibina pada tahun 1819 di Charlottesvilley, Amerika Syarikat. |
ruled paper | kertas bergaris | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kertas yang mengandungi garis-garis untuk panduan menulis digunakan pada setem pos yang telah dikeluarkan di Latvia pada tahun 1919 dan di Mexico pada 1887. |
orifice | orifis | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang mempunyai bahagian yang bergaris pusat lebih kecil daripada garis pusat bahagian-bahagian yang lain garis pusat paip atau gegasan tempat peranti tersebut dipasang. Biasanya bahagian ini menggunakan plat yang dibuat sedemikian rupa sehingga diperoleh garis pusat seperti yang disebutkan di atas. Dengan terdapatnya bahagian yang bergaris pusat lebih kecil itu, sebahagian dari bendalir yang mengalir akan terhalang daripada mengalir melalui paip atau gegasan yang terlibat. Dengan demikian, akan terjadi perbezaan tekanan di antara kedua sisi bahagian tersebut. Perbezaan tekanan ini boleh diukur dengan menggunakan meter orifis dan peranti ini boleh digunakan untuk mengukur isi padu bendalir yang mengalir melalui paip atau gegasan berkenaan. |
dropped skirt | skirt pinggang rendah | Kesenian | Tiada | 1. Skirt yang bergaris pinggang di bawah garis pinggang asal.,2. Istilah jahitan yang digunakan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, untuk skirt yang dibuat berasingan daripada lapis dalam tetapi kedua-duanya dicantum pada kelim pinggang. |
normal probability paper | kertas kebarangkalian normal | Matematik | Tiada | Kertas graf denga absisa bergaris dalam penambahan sekata dan ordinat bergaris dengan keadaan bahawa plot bagi normal kumulatif dalam garis lurus. |
pucuk rebung segi tiga dan garis | pucuk rebung segi tiga dan garis | Kesenian | Tiada | Motif tekat berunsur geometri yang berbentuk pucuk rebung yang bersegi tiga dan bergaris. |
undergauge bit | bit bawah tolak | Kimia | Tiada | Bit penggerudian yang garis pusat luarnya telah haus sehingga menjadi lebih kecil daripada spesifikasi bit yang dibenarkan oleh piawaian, biasanya oleh piawaian API. Contohnya, bit yang bergaris pusat luar 6 7/8 inci, setelah digunakan untuk beberapa lama, garis pusat luarnya menjadi 6 5/8 inci. Bit yang bergaris pusat 6 5/8 inci tersebut dikenali sebagai bit bawah tolok. |
undergauge bit | bit bawah tolak | Kejuruteraan | Petroleum | Bit penggerudian yang garis pusat luarnya telah haus sehingga menjadi lebih kecil daripada spesifikasi bit yang dibenarkan oleh piawaian, biasanya oleh piawaian API. Contohnya, bit yang bergaris pusat luar 6 7/8 inci, setelah digunakan untuk beberapa lama, garis pusat luarnya menjadi 6 5/8 inci. Bit yang bergaris pusat 6 5/8 inci tersebut dikenali sebagai bit bawah tolok. |