Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gaul] | برݢاءول

Definisi : 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gaul] | برݢاءول

Definisi : 1 menjadi bercampur atau berbaur sehingga susah hendak mengasing-asingkannya: Ia menyuapkan nasi yg ~ dgn sayur dan lauk itu ke mulutnya. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bercampur dgn orang lain; bersahabat: Pelajar-pelajar yg banyak ~, banyak membuang masa dgn berbual, pergi ke parti dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaul

Peribahasa

Gemuk membuang lemak,
     cerdik membuang kawan.

Bermaksud :

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

 

Lihat selanjutnya...(2)