Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1. menunjukkan kesajakan, (keang­gunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
groomingmelatih; bergayaVeterinarTiadaTiada
groomingmelatih; bergayaPentadbiran PerniagaanTiadaMelatih: Mengajar atau mendidik supaya mahir.
panachejambul; bergayaSejarahTiadaTiada
stylized compositionkomposisi bergayaKesusasteraanTiadaPenyusunan karya mengikut gaya-gaya tertentu. Contoh: bahasa berirama dalam lipur lara Melayu.
operaoperaKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan dialog berlagu dan lakonan bergaya. Elemen kostum dan latar pentas biasanya dalam bentuk yang hebat, termasuk kesan pencahayaan dan kesan khas yang mengagumkan.
machine aestheticestetika mesinKesenianSeni BinaPendekatan seni bina pada awal kurun ke-20 yang menggunakan alat atau mesin untuk menghasilkan produk-produk seni bina, tidak menggunakan hiasan secara berlebihan, tetapi lebih mementingkan fungsi sesuatu bangunan. Hal ini disebabkan oleh kemunculan revolusi industri dan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa tersebut. Mesin telah dianggap sebagai satu bentuk estetika yang sangat berharga kerana mampu menonjolkan unsur kecantikan melalui penampilan dan fungsi dengan penggunaan bahan-bahan baharu seperti logam, plastik dan cermin kaca. Reka bentuk sesebuah bangunan juga dibuat berasaskan gaya bentuk geometri yang lebih ringkas dan mudah. Ciri penting yang lain termasuklah menggabungkan keanggunan dan kesederhanaan bentuk, memaparkan struktur dinding yang bergaya dan kemas, mengehadkan penggunaan dinding bagi membolehkan penyusunan semula struktur dan penggunaan tingkap bersaiz yang besar.

Kembali ke atas