Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.lar] | برݢلر

Definisi : memakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.lar] | برݢلر

Definisi : mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergelar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
titular princeputera bergelarSejarahTiadaTiada
countykauntiSejarahTiadaKawasan atau wilayah yang dikuasai oleh seorang bangsawan bergelar di Eropah sewaktu zaman feudal.
span of controljangkauan kawalanPentadbiranPentadbiran Awam

Autoriti yang diberikan kepada individu yang bergelar ketua, pengurus atau majikan dalam organisasi untuk memantau dan memastikan kakitangan di bawah seliaannya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan sempurna. Contohnya, Ketua Bahagian Akaun mempunyai jangkauan kawalan terhadap pekerja yang berada di Bahagian Akaun dan secara tidak langsung bertanggungjawab memantau dan melatih kakitangan tersebut. Jangkauan kawalan berbeza antara seorang ketua dengan ketua yang lain, walaupun berada di dalam organisasi yang sama kerana ianya bergantung kepada bilangan kakitangan di bawah seliaan masing-masing.

courtieristanawanSejarahTiadaOrang lelaki yang bertugas di dalam istana sebagai pengiring raja, biasanya pembesar yang bergelar.
honorifichormatanKesusasteraanTiadaUcapan, gelaran, sebutan kehormatan yang diberikan kepada sesuatu tokoh. Contoh: dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang Kancil dan gelaran-gelaran orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja.
tarik selampittarik selampitMuzikTiada

Seni penceritaan di Kelantan dan di Patani yang dinyanyikan oleh seorang penglipur lara yang bergelar Tok Selampit. Tok Selampit akan memainkan beberapa watak melalui canta, nyanyian dan dialog. Tok Selampit akan memainkan alat muzik bertali, iaitu rebab untuk mengiringi persembahannya. Ceritanya berkisarkan cerita rakyat daripada tradisi lisan. Lihat juga awang batil.


Kembali ke atas