Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gem.bi.ra] | برݢمبيرا

Definisi : bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gem.bi.ra] | برݢمبيرا

Definisi : sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya suka, saya ~,” katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gem.bi.ra] | برݢمبيرا

Definisi : berasa gembira; berasa sangat suka: Mereka ~ kerana telah lulus ujian itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergembira


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carpe diemcarpe diemKesusasteraanTiadaTema karya puisi Inggeris yang popular dalam abad ke-6 dan ke-7 yang berbunyi "Marilah kita bergembira hari ini kerana besok kita akan mati".
facial feedbackmaklum balas mukaPsikologiPsikologi UmumMalumat tentang kedudukan otot muka yang dihantar melalui saraf kranium muka ke otak tentang emosi yang dilahirkan. Contohnya, otot muka individu yang menguntum senyum akan dibawa ke otak oleh saraf kranium muka yang boleh diinterpretasikan sebagai sedang bergembira, sebaliknya individu yang menggertap gigi akan dibawa ke otak untuk diinterpretasikan sebagai seseorang yang sedang marah. Maklum balas muka boleh mempengaruhi keadaan emosi yang boleh menjejaskan niat seseorang untuk bertindak secara berlainan. Contohnya, individu yang bersedih, ototnya akan turut terlibat sehingga apabila disuruh senyum individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk senyum dengan sempurna. Begitu juga apabila seseorang itu berada dalam keadaan ceria, sebarang perkara yang melucukan akan membuatkan individu itu lebih mudah untuk ketawa.

Kembali ke atas