Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
storyboardpapan ceritaTeknologi Maklumate-PembelajaranSet panel urutan ilustrasi atau imej yang memberikan visual awal penceritaan sesuatu animasi, gambar bergerak, grafik bergerak, media interaktif atau urutan lukisan. Papan cerita ini biasanya disertakan dengan arahan dan dialog, bagi menunjukkan perancangan keseluruhan tangkapan adegan untuk produksi filem, video, televisyen atau iklan.
forcedayaSains SukanBiomekanikTolakan atau tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk atau bertukar arah.
Rayleigh wavesgelombang RayleighTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang ultrabunyi yang bergerak pada permukaan sampel. Dalam gelombang Rayleigh, zarah-zarah bergetar dan bergerak secara elips pada permukaan dan subpermukaan bahan dengan kedalaman satu panjang gelombang. Pada keluli, ia bergerak dengan kelajuan sekitar 0.9 X kelajuan gelombang ricih. Gelombang ini telah ditemui oleh Lord Rayleigh pada tahun 1885. Rajah menunjukkan lakaran pergerakan gelombang Rayleigh pada permukaan dan subpermukaan sampel.
mobile vaccination unitunit vaksinasi bergerakKesihatan AwamTiadaInisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dengan menggunakan unit bergerak untuk memberikan perkhidmatan vaksinasi kepada masyarakat atau populasi tertentu, termasuk orang-orang yang tidak dilindungi, kumpulan berisiko tinggi, pekerja perkhidmatan perlu dan masyarakat luar bandar yang mungkin mengalami kesulitan untuk sampai ke pusat pemberian vaksin (PPV).
nectonnektonSains MarinTiadaOrganisma dengan kebolehan renang untuk bergerak secara aktif melalui turus air atau dapat bergerak melawan arus.
partial confinementkurungan separaFizikNanoteknologiSuatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh.
clearanceruang legaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang di antara dua bahagian yang bergerak atau di antara bahagian yang bergerak dengan bahagian yang diam.
adatomadatomFizikNanoteknologiAtom yang terjerap pada suatu permukaan dan dapat bergerak di sepanjang permukaan tersebut. Dalam pembentukan filem tipis, adatom bergerak dan bergabung dengan adatom lain pada permukaan substrat serta saling menyusun sehingga terbentuk lapisan filem.
mobile phasefasa gerakKimiaKimia AnalisisCecair atau gas yang berada dalam keadaan bergerak dalam teknik kromatografi. Fasa ini bergerak melalui fasa pegun sambil membawa komponen-komponen sampel untuk pemisahan.
moving bed processproses padatan bergerakKimiaKimia AnalisisProses untuk mendapatkan logam secara penukaran ion melalui penjerapan, basuhan kembali dan pengelusian. Proses ini dijalankan di dalam turus yang berbeza, yang resinnya bergerak dari satu peringkat ke peringkat yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas