Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
udara (kata nama)
1. Bersinonim dengan hawa: angin

2. Bersinonim dengan langit: angkasa, cakerawala, jumantara, awang-awang, bumantara,
Berantonim dengan bumi

3. Bersinonim dengan keadaan: suasana, perihal.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aerodynamics(ilmu) aerodinamikFizikMekanikIlmu yang mengkaji gerakan udara (gas) khususnya mengenai daya yang bertindak ke atas sesuatu objek yang bergerak di udara.
liftangkatFizikMekanikDaya tujahan ke atas yang diberikan oleh bendalir kepada objek yang bergerak di dalamnya, seperti kenaikan sayap kapal terbang apabila bergerak di dalam udara secara mengufuk.
armature air gapsela udara angkerTeknikElektrikSela udara di antara bahagian yang bergerak, iaitu angker dengan bahagian pegun dalam motor atau penjana. Dalam sela udara ini, perpecahan garisan magnet berlaku dan luas muka keratan fluks bertambah, tetapi ketumpatan fluks berkurang. Di dalam sela udara angker juga berlaku kesan pinggiran dan pertukaran tenaga magnet kepada tenaga mekanik atau sebaliknya mengikut jenis mesin. Jarak sela udara angker perlu dikurangkan seminimum yang mungkin untuk mengelakkan berlakunya kesan-kesan negatif ini.
barrier theory of cyclonesteori sawar siklonSainsHidrometeorologiTeori perkembangan siklon yang menyatakan bahawa suatu jisim udara sejuk yang bergerak perlahan di laluan udara lebih panas dan bergerak cepat ke timur akan membentuk tekanan rendah di sisi lindung angin udara sejuk; beranalogi dengan pembentukan satu palung dinamik di sisi lindung angin suatu sawar orografi. Teori ini dicadangkan oleh F.M. Exner.
air cushion vehiclekenderaan kusyen udaraKesenianTiadaKenderaan yang menggunakan tekanan udara untuk membolehkannya bergerak di atas air, paya atau tanah datar.
aerodynamic noisehingar aerodinamikKejuruteraan AutomotifTiadaBunyi bising hasil daripada gerak balas antara badan kenderaan yang bergerak dengan udara di sekelilingnya.
dashpotdaspotTeknikElektrikPeranti mekanik yang mempunyai omboh bergerak di dalam silinder yang berisi minyak, udara atau sebarang bendalir lain. Peranti ini digunakan sebagai redaman bagi mengelakkan getaran atau ayunan pergerakan omboh atau melengahkan tindak balasnya terhadap perubahan kedudukan. Daspot digunakan, contohnya, dalam penyentuh pada bahagian geganti beban lebih.
advection fogkabut alir lintangGeologiTiadaKabut yang terbentuk bila jisim udara stabil yang panas dan berlengas bergerak di atas permukaan lebih sejuk menyebabkan suhu lapisan bawah jisim udara menurun sehingga takat embun yang akan menghasilkan pemeluwapan.
Aerosol Generating Procedures (AGPs)Prosedur Penjanaan AerosolKesihatan AwamTiadaProsedur perubatan dan penjagaan pesakit yang menghasilkan pembebasan zarah bawaan udara (aerosol) berukuran <5 mikrometer (µm) yang terapung di udara dan bergerak jauh serta boleh menyebabkan jangkitan jika disedut.
equatorial troughpalung khatulistiwaSainsHidrometeorologiPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
12345

Kembali ke atas