piston | omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah di dalam silinder enjin. |
four stroke cycle | kitar empat lejang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kitar dalam operasi empat gerakan omboh atau lejang pada setiap dua putaran aci engkol. Empat lejang tersebut ialah lejang pengambilan atau lejang aruhan semasa omboh bergerak ke bawah, lejang mampatan ketika omboh bergerak ke atas. lejang pembakaran atau lejang kuasa atau lejang pengembang- an semasa omboh ditolak ke bawah dan lejang ekzos semasa omboh bergerak ke atas. Setiap lejang bersamaan dengan 180° putaran aci engkol. Banding kitar dua lejang. |
cylinder | silinder | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lubang berbentuk bulat atau tiub yang membolehkan omboh bergerak ke atas dan ke bawah. |
independent suspension | gantungan bebas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem gantungan yang membenarkan setiap roda bergerak ke atas dan ke bawah secara bebas. |
top dead centre (TDC) | pusat mati atas (TDC) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan omboh yang teratas di dalam silinder enjin semasa omboh bergerak ke atas. |
after bottom dead centre (ABDC) | selepas pusat mati bawah (ABDC) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan omboh yang berada di antara pusat mati bawah (BDC) dengan pusat mati atas (TDC) semasa lejang omboh sedang bergerak ke atas di dalam silinder enjin yang diukur menurut bilangan darjah putaran aci engkol. |
before top dead centre (BTDC) | sebelum pusat mati atas (BTDC) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan omboh di antara pusat mati bawah (BDC) dengan pusat mati atas (TDC), sebelum mencapai pusat mati atas (TDC) lejang omboh yang bergerak ke atas. dan diukur menurut bilangan darjah putaran aci engkol. |
force | daya | Sains Sukan | Biomekanik | Tolakan atau tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk atau bertukar arah. |
dissociated vertical deviation | lencongan vertikal terdisosiasi | Sains Kesihatan | Tiada | Keadaan mata yang bergerak menghala ke atas, dan terjadi apabila penglihatan mata berkenaan dihalang. |
aerodynamics | aerodinamik | Fizik | Tiada | Ilmu yang mengkaji gerakan udara (gas) khususnya mengenai daya yang bertindak ke atas sesuatu objek yang bergerak di udara. |