[ber.ge.tah] | برݢته
Definisi : 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ge.tah] | برݢته
Definisi : 1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)