Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.ling.gu.ling] | برݢوليڠ -ݢوليڠ

Definisi : berguling berkali-kali, bergolek-golek; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.ling.gu.ling] | برݢوليڠ -ݢوليڠ

Definisi : berguling berkali-kali; bergolek-golek: Ia ~ di tanah kerana hendak melepaskan diri drpd tebuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguling-guling


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tumbler mixerpencampur gulingFarmasiFarmaseutikPeralatan yang digunakan untuk mencampur pelbagai bahan serbuk yang berkeadaan kering. Bekas yang menampung campuran serbuk bergerak secara berguling-guling untuk mendapatkan campuran yang seragam.
coefficient of rolling resistantpekali rintangan gulingMekanikGunaanJarak di antara garis tegak yang melalui pusat roda yang berguling dengan titik kenaan tindak balas landasan pada rosa itu. unit ukurannya ialah milimeter, mm. Nilai pekali rintangan guling b diberikan oleh sebutan b = Pr/W, dengan P sebagai daya mendatar yang diperlukan untuk menyebabkan penggulingan dengan halaju malar, r ialah jejari roda dan W ialah berat roda [Rajah P3]. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 140 RAJAH P3
rolling frictiongeseran gulingFizikMekanikDaya geseran yang menentang pergerakan jasad yang berguling di atas suatu permukaan.
cycloidsikloidMekanikGunaanLengkung yang mewakili londar sesuatu titik pada bulatan yang berguling tanpa menggelangsar [Rajah S4]. Lengkung ini memainkan peranan penting dalam analisis kinematik gerakan guling, erutamanya dalam analisis bentuk sesondol. Lihat juga gerakan guling, sesondol. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 177 RAJAH S4
roller supportsokong gulingKejuruteraanTiadaSokong yang menerbitkan daya pengekang tetapi tidak mampu menerbitkan momen pengekang, dan akan berguling pada permukaan sokong di bawah tindakan sistem daya umum.
roller supportsokong gulingMekanikGunaanSokong yang mampu menerbitkan daya pengekang tetapi tidak mampu menerbitkan sebarang ganding pengekang, dan sokong ini akan berguling pada permukaan sokong di bawah tindakan sebarang sistem daya yang umum.
slidegelangsarMekanikGunaanBergerak secara nisbi terhadap permukaan sokong pada arah permukaan tersebut. Gagasan penggelangsaran penting dalam memerihalkan gerakan guling roda pada sebarang permukaan. Kes roda berguling tanpa menggelangsar merupakan kes istimewa dalam kajian kinematik dan kinetik. Misalnya, tanpa penggelangsaran, geseran pada titik sentuh ialah geseran statik dan nilainya tidak dapat ditentukan melalui persamaan geseran kecuali dalam keadaan gelangsaran jangkaan apabila daya geseran diberikan oleh hasil darab pekali geseran statik dengan tindak balas normal.
point of contacttitik sentuhMekanikGunaanTitik tempat sesuatu jasad bersentuhan dengan jasad yang lain, atau dengan permukaan yang menyokongnya. Gagasan titik sentuh kerap digunakan dalam analisis gerakan guling roda pada permukaan kerana titik berkenaan mempunyai ciri yang istimewa. Misalnya, jika roda berguling tanpa menggelangsar, halaju titik itu adalah sifar dan pecutannya menghala ke pusat roda itu.
primary instant centrepusat ketika utamaMekanikGunaanSemua pusat ketika yang boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan semata-mata. Pusat ketika utama adalah seperti yang berikut: pusat ketika untuk penghubung-penghubung tersambung oleh cemat; pusat ketika bagi jasad yang menggelangsar; pusat ketika bagi jasad yang berguling; dan pusat ketika bagi mekanisme yang mengalami sentuhan langsung sama ada sentuhan gelangsar atau sentuhan guling. Lihat juga pusat ketika.

Kembali ke atas