Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : berarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : patung dewa-dewa; menyembah ~ menyembah patung; memberhalakan memuja, mendewakan: kalau aku cintakan tanah air, maka bukanlah aku ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : 1 patung-patung dewa yg dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam. 2 = rumah ~ rumah khas tempat memuja patung-patung dewa dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oriented drill pipepaip gerudi berhalaKejuruteraanTiadaPaip gerudi yang diturunkan ke dalam lubang pada arah tertentu semasa penggerudian berhala.
iconoclastpemusnah berhalaSejarahTiadaTiada
idolatorpenyembah berhalaSejarahTiadaTiada
joss paperkertas berhalaUmumTiadaTiada
iconoclasmikonoklasmeKesenianTiadaFahaman yang menentang kewujudan patung dan berhala.
acropodiumakropodiumKesenianTiada2. Ketapak di bahagian atas rumah berhala Yunani Lama.
acropolisakropolisKesenianSeni BinaNegara kota atau pusat pemerintahan pada zaman Yunani purba. Negara kota ini biasanya dibina di atas bukit dan mengandungi bangunan-bangunan penting seperti istana, kubu pertahanan, kuil berhala dan tempat perlindungan bagi warga kota. Akropolis dibina semasa kegemilangan era Mycenaea pada sekitar tahun 1400-1200 sebelum masihi. Contohnya, akropolis yang terdapat di Athens, Greek.
tripot potterytembikar trikakiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTembikar yang diperbuat daripada tanah liat yang mempunyai tiga kaki. Terdapat lubang pada kaki tembikar dan corak hias tali pada badannya. Lubang yang terdapat pada kaki tembikar ini berfungsi untuk mengalirkan haba panas semasa pembakaran. Bahagian kaki dilekatkan pada bahagian dasar tembikar. Masyarakat yang membuat tembikar ini tergolong dalam budaya Neolitik. Di Asia Tenggara, tembikar ini dijumpai di Ban Kao (Thailand) dan Gua Berhala (Kedah).

Kembali ke atas