Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.har.ga] |  برهرݢ

Definisi : 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.har.ga] |  برهرݢ

Definisi : 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Peribahasa

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Bermaksud :

Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fast fashionfesyen segeraKesenianTiadaFesyen pakaian berharga rendah tetapi gayanya mengikut trend semasa yang bergerak pantas dengan koleksi baharu diperkenalkan secara berterusan.
gamblingperjudianPelanconganTiadaAktiviti pertaruhan yang melibatkan wang atau barang berharga.
minor theftkecurian kecilKriminologiKeadilan JenayahTindakan mencuri barangan yang kurang berharga dalam jumlah yang kecil seperti mencuri alat tulis di tempat kerja.
natural resources conservationpemuliharaan sumber asliTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauUsaha untuk melindungi sumber semula jadi yang berharga, contohnya pokok, mineral, hidupan liar dan air. Pemuliharaan sumber asli bertujuan untuk mengekalkan kelestarian sumber alam.
dumpster divingselongkar tong sampahAlam SekitarTiadaAmalan mencari sisa makanan terbuang yang masih elok atau mengitar barangan yang masih boleh digunakan atau berharga.
cupellationpengkupelanKimiaKimia AnalisisProses mendapatkan emas dan perak dengan mengaloikannya dengan plumbum kemudian mengoksidakan plumbum yang telah lebur itu untuk memisahkan logam asas daripada logam berharga.
valued policypolisi ternilaiinsuransTiadaPolisi yang perjanjian dibuat terlebih dahulu oleh insurer untuk membayar sejumlah wang tuntutan kepada insured atau pihak yang diinsuranskan setelah berlaku sesuatu kerugian dan amaun ini tercatat dalam polisi. Tujuannya ialah supaya tidak perlu ditentukan nilai tunai sebenar harta tersebut apabila berlaku kerugian menyeluruh. Biasanya digunakan untuk harta yang berharga seperti lukisan seni, barang antik, dan pakaian daripada bulu binatang.

Kembali ke atas