popular mobilization | mobilisasi popular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan yang membangkitkan semangat orang ramai untuk mendorong mereka menuntut sesuatu daripada pemerintah dan dilakukan secara berhimpun serta berarak. MobiIisasi ini biasanya terdapat di negara komunis seperti di China yang dipimpin oleh Mao Tse Tung. Walau bagaimanapun gerakan ini tidak lagi terbatas kepada negara komunis tetapi sudah menular ke negara bukan komunis seperti FiIipina dan Indonesia pada dekad 1980-an dan 1990-an. Melalui gerakan ini, orang ramai dipengaruhi dengan sesuatu isu, idea atau tuntutan yang menarik. Ini menyebabkan mereka sanggup berkumpul untuk menunjukkan kepada pemerintah bahawa mereka mendapat sokongan majoriti dan kerajaan tidak ada piIihan selain memenuhi tuntutan mereka. |
presidential primary | primari presiden | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tersebut yang bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. Persidangan berlangsung di peringkat bahagian atau wilayah yang lebih kecil dengan anggota partinya berhimpun dan memilih wakil-wakil yang akan pergi mengundi nanti. Perwakilan ini bebas memilih sesiapa sahaja walaupun dari kawasan lain. Sistem primari ini memperlihatkan pemilihan calon parti dari bawah dan bukannya dari peringkat kepimpinan tertinggi parti. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
formula | formula | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kepada ungkapan berpola yang digunakan untuk memerikan sifat, situasi atau babak tertentu. Contoh yang dipetik daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda ialah ungkapan berpola untuk memerikan babak, iaitu ketika menyahut panggilan raja: �yang capik datang bertongkat� �yang buta meraba-raba� �yang tuli leka bertanya� �yang kecil terambin lintang� Yang jarak tolak-tolakan� �yang pendek tinjau-meninjau� �yang kurap mengekor angin� Di samping itu, terdapat juga ungkapan yang seiras formulanya seperti yang dipetik daripada Hikayat Seri Rama: �maka ia pun menuntung tabuh larangan, gong pelaung, canang pemanggil, Maka berhimpunlah Temenggung, Laksamana, Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, kecil dan besar, tua dan muda, laki-laki dan perempuan berhimpun...� Lihat juga formulaik. |