Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ria.dah]/[be.ria.dah] | برياضه

Definisi : 1. melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam; 2. melakukan riadah (rekreasi), berekreasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ria.dah]/[be.ria.dah] | برياضه

Definisi : melakukan riadah; ber­senam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beriadah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
waterfront promenadesisiran tepian airPelanconganTiadaKawasan, biasanya bagi pelancong, untuk beriadah atau menikmati pemandangan, khususnya di tepi laut, tasik atau kawasan perkelahan.
utility lawnlaman rumput utilitiLandskapTiadaKawasan laman berumput yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perkhemahan dan beriadah. Laman ini biasanya ditanam dengan rumput tahan lasak seperti rumput tikar (Axanopan compressus).
arboriculturearborikulturPertanianAgroteknologiPenanaman pokok dan tumbuhan renek serta penjagaannya untuk memberikan nilai estetik pada landskap. Contohnya, penanaman pokok-pokok di kawasan taman awam sebagai tempat untuk beriadah selain untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
shadow studykajian bayangLandskapTiadaPenelitian mengenai kesan lindungan cahaya matahari pad a waktu-waktu tertentu di sesuatu kawasan bertujuan untuk menentukan kesesuaian tumbuhan dengan keperluan cahaya atau kesesuaian aktiviti seperti beriadah dan bersantai.
lifestyle diseasepenyakit gaya hidupPsikologiPsikologi UmumPenyakit yang berkaitan dengan tabiat peribadi yang boleh merosakkan kesihatan seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan barah. Gaya hidup yang sihat boleh meningkatkan kesejahteraan tetapi sekiranya tingkah laku yang diamalkan itu tidak sihat, maka risiko untuk dijangkiti penyakit kronik adalah tinggi. Antara tabiat atau tingkah laku yang tidak sihat yang menjadi amalan individu ialah merokok, makan secara berlebihan, kurang beriadah, memandu laju, melakukan seks secara tidak sihat, pemakanan tidak seimbang dan stres. Di samping itu, terdapat juga individu yang mempunyai personaliti yang meningkatkan risiko penyakit kronik seperti suka bermusuhan, murung, gundah-gulana dan sering mengejar masa.

Kembali ke atas