Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ik.lim] | براقليم

Definisi : mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beriklim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bergmann�s ruleprinsip BergmannBiologiEkologiPrinsip yang menyatakan bahawa di kawasan yang beriklim sejuk, mamalia lebih cenderung menjadi lebih besar daripada mamalia yang hidup di kawasan beriklim lebih panas. Haiwan yang besar mempunyai luas permukaan yang relatifnya lebih kecil berbanding dengan isipadu, dan oleh itu dapat menyimpan haba dengan lebih baik daripada haiwan kecil yang sama bentuknya. Petua ini hanya dapat digunakan pada haiwan yang serupa daripada semua segi. Berbagai-bagai faktor lain, seperti ketebalan bulu dan lemak juga mungkin mengganggu atau menyebabkan keadaan sebaliknya terjadi.
aeroponicsaeroponikPertanianAgroteknologiKaedah penanaman tanpa tanah yang melibatkan semburan larutan bernutrien pada akar tanaman yang tergantung dalam kawasan persekitaran yang terkawal. Semburan itu berlaku secara berkala dalam jangka masa tertentu. Kaedah ini membolehkan tanaman beriklim sederhana seperti salad ditanam di kawasan beriklim tropika dengan larutan semburan yang telah disejukkan.
aridgersangBiologiEkologiBerkaitan dengan kawasan beriklim kering. Misalnya, kawasan yang hujan tahunannya kurang daripada 24 cm, atau kadar pengewapannya lebih tinggi daripada kadar pemendakan, seperti gurun.
red kloverklover merahVeterinarTiadaSejenis kekacang yang berasal dari negara beriklim sederhana yang ditanam bersama-sama rumput terpilih untuk meningkatkan kandungan protein pastura. Tanaman ini mengandungi aras vitamin dan juga mineral seperti ferum, magnesium dan kalsium yang tinggi serta sesuai sebagai makanan ternakan. Selain itu, tanaman ini juga digunakan untuk meningkatkan kadar kesuburan tanah kerana boleh mengikat nitrogen. Pertumbuhannya juga lebih mudah kerana tidak memerlukan tanah yang subur. Walau bagaimanapun, hasil bahan keringnya kurang sedikit berbanding kekacang lain seperti alfalfa.
chernozemcernozemGeologiTiadaSatu daripada kumpulan tanih zon yang utama, biasanya terbentuk di kawasan beriklim sederhana hingga sejuk dan sublembap.
Gloger�s ruleprinsip GlogerBiologiEkologiPrinsip yang menyatakan bahawa spesies organisma yang hidup di kawasan beriklim kering cenderung mempunyai warna yang lebih cerah daripada organisma daripada spesies yang sama yang hidup di kawasan lembap.
chernozemcernozemPertanianAgroteknologiJenis tanah hitam yang tinggi kandungan humus dan karbonnya, yang biasa terdapat di kawasan beriklim dingin atau kering seperti di Rusia. Tanah cernozem yang subur sesuai ditanam dengan rumput alfalfa untuk keperluan biri-biri dan lembu, manakala tanah yang telah dibajak pula sesuai digunakan untuk tanaman gandum.
spring bedding planttumbuhan batasan musim bungaLandskapTiadaTanaman berbatas yang ditanam pada musim bunga di kawasan beriklim sederhana.
spring bedding planttumbuhan batasan musim bungaLandskapTiadaTanaman berbatas yang ditanam pada musim bunga di kawasan beriklim sederhana.
cold-air drainagealiran angin dinginLandskapTiadaLaluan angin dingin yang sering melintasi sesuatu kawasan tertentu di tempat beriklim sederhana.
1234

Kembali ke atas