partial disability | hilang upaya separa | insurans | Tiada | Keadaan berikutan daripada kecederaan atau penyakit yang mengakibatkan insured tidak dapat melaksanakan tugasnya. Kaedah hilang upaya ini boleh berbentuk kekal ataupun sementara. |
death claim | tuntutan kematian | insurans | Tiada | Tuntutan kerugian berikutan kematian insured seperti yang terkandung di dalam kontrak insurans. |
guaranteed fund | dana terjamin | insurans | Tiada | Dana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurans yang bankrap. |
health recovery | pemulihan kesihatan | Kesihatan Awam | Tiada | Penyembuhan daripada sesuatu penyakit, berikutan pelaksanaan langkah-langkah pengawalan ketat yang dijalankan oleh pihak berkuasa. |
robbery insurance | insurans rompakan | insurans | Tiada | Perlindungan insurans ke atas kerugian berikutan pengambilan harta secara haram dengan menggunakan kekerasan, atau ugutan. |
guaranteed annuity | anuiti terjamin | insurans | Tiada | Bayaran berterusan untuk tempoh beberapa tahun yang ditetapkan berikutan daripada sesuatu kejadian. |
indemnity bond | bon indemniti | insurans | Tiada | Bon yang memberi ganti rugi kepada penerima obligasi berikutan kegagalan prinsipal melaksanakan sesuatu tugas. |
premium estimated | premium teranggar | insurans | Tiada | Premium sementara yang dikenakan tertakluk kepada pelarasan terakhir berikutan daripada ketetapan fakta-fakta yang perlu. |
surgeon's liability insurance | insurans liabiliti doktor bedah | insurans | Tiada | Polisi insurans untuk pakar bedah bagi melindungi kerugian berikutan kecuaiannya. |
protective liability policy | polisi liabiliti perlindungan | insurans | Tiada | Polis yang menyediakan ganti rugi terhadap tuntutan yang mungkin timbul berikutan daripada tanggungjawab sekunder atau tidak secara langsung seperti hubungan dengan kontraktor bebas. |