civil service value | nilai perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sifat murni yang diterapkan dalam kalangan kakitangan kerajaan. Sifat ini merangkumi kejujuran, kecekapan, berkecuali, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas. Penerapan nilai perkhidmatan awam membantu kerajaan dalam mengimplementasi dasar dan memberi perkhidmatan yang baik kepada orang ramai. Nilai ini penting bagi memastikan etika kerja terpelihara, matlamat tercapai dan imej perkhidmatan awam dipandang tinggi. Keadaan ini sering kali dikaitkan dengan karenah birokrasi, tidak efisien, layanan kasar dan tidak menepati waktu. Dengan itu, penentuan satu nilai atau kod etika perkhidmatan awam mendorong budaya kerja yang efektif. |
civil service regulation | peraturan perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Undang-undang, kawalan dan kaedah pengurusan secara langsung ke atas kakitangan awam. Peraturan ini menjadi panduan asas yang wajib dipatuhi oleh semua kakitangan awam. Peraturan ini juga diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan awam mencapai satu tahap kredibiliti yang tinggi, mempunyai imej yang bersih, bertanggungjawab, professional, adil dan saksama, telus, amanah, jujur, berdisiplin dan berintegriti. Perkhidmatan awam yang cemerlang berupaya mendukung pembangunan negara dan meningkatkan kualiti penghidupan masyarakat. Contoh peraturan perkhidmatan awam ialah Perintah-Perintah Am (Bab A hingga Bab G) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam. |
administrative procedure act | akta tatacara pentadbiran | Pentadbiran | Tiada | Set peraturan dan undang-undang yang menjadi panduan kakitangan sesebuah organisasi dalam melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan. Akta tatacara pentadbiran merangkumi pelbagai elemen khusus yang wajib dipatuhi seperti hal yang berkaitan lantikan dan kenaikan pangkat, pengesahan dalam jawatan, penamatan kerja, kelakuan dan tatatertib, tatacara kewangan, hal ehwal perubatan dan prosedur mesyuarat. Akta tatacara pentadbiran bertindak mengawal pelaksanaan sesuatu bidang tugas dan dapat memastikan hal ehwal pentadbiran mencapai tahap kredibiliti yang tinggi, imej yang bersih dan berintegriti. Pelanggaran terhadap akta tatacara pentadbiran boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib. Contohnya, Perintah Am, Akta Acara Kewangan, Arahan Perkhidmatan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Sinonim akta prosedur pentadbiran. |