Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.in.te.rak.si] | براينترکسي

Definisi : bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.in.te.rak.si] | براينترکسي

Definisi : bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kpd yg hadir utk ~ serta bertukar-tukar fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berinteraksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dynamic routing protocolprotokol penghalaan dinamikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol yang membenarkan peranti rangkaian mendapatkan maklumat talaan secara automatik. Contohnya, penghalaan dinamik RIP, EIGRP terjadi apabila penghala berinteraksi dengan penghala bersebelahan dengan menyatakan jenis rangkaian yang dihubungkan. Penghala perlu berinteraksi menggunakan protokol penghalaan yang sedia ada.
natural nanoscale sensorsensor nanoskala semula jadiFizikNanoteknologiPenderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan.
cobotkobotFizikNanoteknologiSejenis robot yang berinteraksi secara terus dengan manusia. Prototaip asal kobot telah digunakan dalam industri pemasangan kereta untuk membawa komponen yang berat seperti kerusi dan papan meter ke dalam kereta supaya tidak merosakkan kereta jika dibandingkan dengan tenaga manusia.
interactive mediamedia interaktif-TiadaSistem yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan pelbagai media yang dipaparkan.
interactivityinteraktivitiTeknologi Maklumate-PembelajaranKebolehan suatu produk digital berinteraksi dengan pengguna apabila menerima input melalui arahan suara, skrin sentuh, pergerakan objek, pergerakan tetikus, kemasukan teks dan sebagainya.
virtual communitykomuniti mayaTeknologi Maklumate-PembelajaranSekelompok individu yang berinteraksi atas kepentingan bersama melalui Internet atau media sosial.
interactive graphicgrafik interaktif-TiadaSistem grafik komputer yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan maklumat grafik yang dipersembahkan.
entanglementketerlibatanFizikNanoteknologiKeadaan zarah kuantum seperti elektron, foton atau kubit berinteraksi dalam bentuk pasangan tanpa mengira jarak pemisahan antara mereka. Sekiranya berlaku perubahan keadaan suatu zarah kuantum, keadaan kuantum pasangannya juga akan berubah. Contohnya, keterlibatan antara kubit dalam sistem pengkomputan kuantum.
zombie learnerpelajar zombiTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang pasif, iaitu kurang berinteraksi, kurang berminat dan tidak cakna dalam sesi pembelajarannya, serta jarang-jarang meneroka alat pembelajaran.
metaversemetasemestaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaRuang realiti maya apabila pengguna boleh berinteraksi dengan persekitaran yang dihasilkan oleh komputer dan dengan pengguna lain.
1234

Kembali ke atas