bahasa berirama | bahasa berirama | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis puisi tradisional yang tidak terikat pada bentuk yang khusus tetapi mementingkan irama dan bunyi kata yang berulang. |
talibun | talibun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga sebagai sesomba. |
tension | ketegangan | Kesusasteraan | Tiada | Konflik yang terhasil apabila perkara yang bertentangan hadir secara serentak, diseimbangkan dan dimanfaatkan secara harmonis dalam karya sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Contohnya persoalan konkrit dan abstrak, umum dan khusus, berirama dan tidak berirama, serta tersurat dan tersirat. Istilah ini digunakan oleh penulis Amerika, Allen Tate dalam tulisannya �Tension In Poetry� dalam buku bertajuk On The Limits of Poetry. Karya ini merupakan karya yang disenangi oleh golongan pengkritik. |
measure | ukuran malra | Kesusasteraan | Puisi | Susunan perkataan yang berirama dan mempunyai rima dalam sesebuah puisi. Ukuran ini dikenali sebagai kaki matra atau kaki sajak. Irama yang terbina itu lazimnya mempunyai pola tetap yang wujud disebabkan adanya pertentangan antara suku kata yang panjang dengan yang pendek atau antara suku kata yang bernada tinggi dengan suku kata yang bernada rendah. |
melody | melodi | Kesusasteraan | Puisi | Susunan seni kata yang berirama pada sesuatu baris dalam sesuatu rangkap, terutama puisi yang dihasilkan dengan tujuan untuk dilagu kan. Contohnya, pada lirik lagu nyanyian P. Ram lee berjudul 'Seri Bunian'. Indah nian istana bunian, Puteri bunian cantik rupawan; Berat rasa oak kutinggalkan, Kerana hati dah tertawan. |
gurindam | gurindam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah �Gurindam Dua Belas� karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam �Gurindam Dulu dan Kini� karya Khadijah Hashim: Dulu anak faham dijeling, Kini melawan ayah ditengking, Dulu ibu tiri jahat tak terkira, Kini ibu sendiri yang mendera. Dulu dilihat luas kebunnya, Kini dipandang banyak sahamnya. Dulu teruna riang di bendang, Kini mereka sibuk di kilang. Dulu mengkudu melacak di tanah, Kini dibotol minuman mewah. |
folk poetry | puisi rakyat | Kesusasteraan | Puisi | Puisi tradisi yang disampaikan secara lisan yang bertujuan untuk memberi hiburan, nasihat dan pengajaran kepada masyarakat. Contohnya, peribahasa, pantun dan bahasa berirama. |
perbilangan | perbilangan | Kesusasteraan | Puisi | Susunan bentuk kata, frasa mahupun baris yang mengisahkan sesuatu maksud. Walaupun bentuk perbilangan berangkap tetapi biasanya tidak terikat dengan jumlah kata dalam setiap baris. Ada kalanya berirama dan ada kalanya tidak. Kebiasaannya setiap rangkap yang dibina itu dapat memancarkan keseluruhan pemikiran. Contohnya, perbilangan adat di bawah. Usang-usang diperbaharui Lapuk-Iapuk dikajangi Yang elok dipakai Yang buruk dibuang Kalau singkat mintak disambung Kalau panjang mintak dikerat Kalau koyak mintak ditampal |
vernacular | vernakular | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat. Dalam konteks sastera, penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan lebih berseni, kreatif, dan disulami dengan kata-kata berirama. |
plain chant | plainsong | Kesenian | Seni Muzik | 1. Melodi vokal tunggal tanpa iringan yang iramanya ditentukan oleh lirik dan tidak dibahagikan kepada bar tertentu. 2. Melodi vokal dalam liturgi Kristian. Plainsong bertekstur monofoni tanpa iringan, tidak bermeter, berirama bebas, tanpa garis bar dan dinyanyikan secara canta. Plainsong juga dikenali sebagai canta Gregorian. |