Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ga] |  برجاݢ

Definisi : 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ga] |  برجاݢ

Definisi : 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Si pungguk helang karikan,
     Tidur siang berjaga malam;
Sungguh dia unjuk berikan,
     Pepat di luar rencong di dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Mata tidur,
     bantal berjaga.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vigilancekewaspadaanPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga.
vigilancekewaspadaanPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga.
import risk analysis (IRA)analisis risiko import (IRA)PerikananAkuakulturProses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut.

Kembali ke atas