walking tour | lawatan berjalan | Pelancongan | Tiada | Perihal melawat ke tempat yang menarik secara berjalan berpandukan peta. |
foot tour | lawatan berjalan kaki | Pelancongan | Tiada | Program yang diatur untuk menggalakkan pelancong berjalan dari satu tempat tarikan ke tempat tarikan yang lain, biasanya berdekatan antara satu sama lain. |
night walk | jejak malam | Umum | Tiada | Aktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu malam di kawasan tertentu. Aktiviti ini juga selalunya dijalankan di kem-kem latihan bagi menguji keberanian dan kekentalan jiwa seseorang. |
evening walk | jejak petang | Umum | Tiada | Aktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu petang di kawasan tertentu untuk menikmati keindahan pemandangan. |
hiking | kembara | Pelancongan | Tiada | Aktiviti menjelajah dengan berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi. |
cadence | kadens | Sains Sukan | Biomekanik | Kekerapan langkah semasa berjalan atau berlari yang ditentukan mengikut jangka masa. |
sea walking | jalan dalam laut | Pelancongan | Tiada | Aktiviti berjalan di dasar laut untuk melihat hidupan marin dengan lebih dekat. |
touring bike | basikal jelajah | Sukan | Tiada | Basikal yang dikhususkan untuk berjalan ke merata-rata tempat dan mampu membawa barangan yang berat. |
promenade deck | geladak persiaran | Pelancongan | Tiada | Tempat yang digunakan oleh penumpang kapal untuk berjalan-jalan dan bersantai. |
political recruitment | pengambilan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa. |