Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jau.han] | برجاءوهن

Definisi : jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jau.han] | برجاءوهن

Definisi : berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjauhan

Peribahasa

Jauh dari mata jauhlah dari hati.

Bermaksud :

Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polyphyleticpolifiletikBioinformatikBioinformatik MolekulTakson yang membentuk kelompok organisma yang berjauhan jaraknya disebabkan kekurangan ahli dari leluhur sama paling terkini (MRCA). Lihat juga leluhur sama paling terkini (MRCA).
far-field recordingrakaman medan jauhSains KesihatanTiadaRakaman yang dilakukan di tempat yang berjauhan atau berlainan dari sasaran yang hendak diuji. Contohnya, rakaman tentang aktiviti elektrik dilakukan berhampiran dengan tetingkap bulat.
provincial estatesestet wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganAset atau harta milik sesebuah negara yang terletak di kawasan yang berjauhan dari pusat pemerintahan negara tersebut. Estet ini menjadi aset yang amat penting kepada pembangunan ekonomi dan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara. Contohnya, ladang kelapa sawit di Papua New Guinea merupakan estet wilayah Malaysia.
territorial integritykeutuhan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai .
signature sequencejujukan tunjuk tandaBioinformatikBioinformatik MolekulJujukan DNA atau protein yang bersaiz antara 10 hingga 50 nukleotida atau asid amino yang mempunyai fungsi dan struktur tertentu. Jujukan tunjuk tanda ini terpelihara dan dikongsikan bersama-sama klad yang berjauhan pada nod pepohon filogenetik. Jujukan tunjuk tanda digunakan untuk mengenal pasti hubungan evolusi spesies dengan lebih berkesan.
voting boothpondok mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganPondok atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Pondok ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Pondok ini lazimnya terletak dalam bilik yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran pengundian dan kotak undi bagi memudahkan beliau meletakkan kertas undi yang telah digunakan.
polling boothpetak mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan kecil atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Petak ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Petak ini biasanya terletak di dalam bilik mengundi yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran dan kotak undi. Petak mengundi harus terlindung daripada penglihatan orang lain bagi menjamin kerahsiaan pengundian itu.
excitoneksitonFizikNanoteknologiPasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain.

Kembali ke atas