Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.je.na.ka] | برجناک

Definisi : berbuat sesuatu perlakuan atau berkata-kata utk membuat orang ketawa, melawak, berkelakar: dlm perjalanan itu kami tidak putus-putus ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.je.na.ka] | برجناک

Definisi : berbuat atau berkata-kata utk membuat orang tertawa; berkelakar; berlawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenaka (kata nama)
Bersinonim dengan lawak, kelakar, seloroh, senda gurau, gurau senda, lucu-lucuan, lelucon, banyol, kecindan, kocak;,
Kata Terbitan : berjenaka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selokaselokaKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�.
playfullyberjenakaKesenianTiadaTiada
giocoso (It)berjenakaKesenianTiadaTiada
giocosogiocosoMuzikTiada

 Gaya yang kelakar dan berjenaka. Giocoso biasanya di­mainkan dengan ton yang ringan dan tempo muzik yang rancak.

cartoonkartunPendidikanTiada1. Lukisan untuk menyampaikan mesej dengan cara berjenaka.
scherzandoscherzandoKesenianTiadaEkspresi dalam pergerakan muzik seperti secara riang dan berjenaka.
gnomicgnomikKesusasteraanTiadaSajak Greek yang ringkas dan tajam, menyuarakan tentang beberapa kebenaran umum secara berjenaka terdapat unsur aforistik, moralistik dengan bahasa yang singkat dan padat dan berasal dari perkataan gnome.
dikir baratdikir baratKesenianDrama dan TeaterDikir yang disampaikan secara berkumpulan dengan memasukkan elemen muzik, nyanyian dan gerak aksi yang diadun sebagai satu gubahan untuk menyindir secara berjenaka mengenai isu sosial. Seni tradisi ini digemari oleh masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Komposisi ahli kumpulan terdiri daripada pemuzik, awak-awak, juara dan tukang karut.
antithesisantitesisKesusasteraanTiadaIdea yang berlawanan maknanya dan terhasil melalui pertentangan atau makna yang ketara perbezaannya. Dalam bidang retorika, antitesis terhasil melalui pemakaian bahasa yang menggunakan sintaksis yang selari untuk mengimbangkan idea yang bertentangan. Dalam bidang penghujahan, antitesis ialah pernyataan dari sudut pandangan yang bertentangan. Dalam bidang puisi, penyair kerap menggunakan antitesis untuk memaparkan kebolehan berjenaka secara pintar. Lihat juga al-mutabaqah.
parodyparodiMuzikTiada

 1. Karya yang dicipta untuk mempersendakan karya lain yang lebih serius melalui karikatur muzikal. Contohnya, teks baru yang berjenaka digunakan untuk menggantikan teks asal, suasana dan perwatakan karya asal diputar belit dan ditokok tambah. Contohnya, Golliwog's Cake Walk dari­pada Children's Corner oleh Debussy (1862-1918).

12

Kembali ke atas