wholesale fund | dana borong | Sukan | Tiada | Dana berjumlah besar yang dipinjamkan oleh institusi kewangan dalam�pasaran wang untuk dijadikan modal dan pembiayaan. |
sonnet sequence | untaian soneta | Kesusasteraan | Puisi | Rangkaian baris yang berjumlah 14 baris yang membentuk sesebuah puisi. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatalah pun adil sama sendirinya. Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat� yang benar dan sungguh. Dewan beza antara isi alam, Ialah yang besar pada siang dan malam. Lagipun yang menjauhkan segala syar, Imamul Haq di dalam Padang Mahsyar. Barang yang Haq Taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran. |